Notifikasi daripada pihak sekolah kepada penjaga yang lebih baik
Sekolah boleh menghantar notifikasi kepada
- Semua penjaga murid sekolah
- Mengikut tingkatan tertentu sahaja, sekolah boleh menghantar notifikasi kepada penjaga bagi murid tingkatan tertentu sahaja. Sebagai contoh pihak sekolah ingin menghantar notifikasi kepada murid tingkatan satu sahaja
- Mengikut sesi pagi atau petang. Sebagai contoh sekolah ingin menghantar notifikasi kepada penjaga bagi murid-murid sesi pagi sahaja. Hanya penjaga yang mempunyai anak yang bersekolah sesi pagi sahaja yang akan menerima notifikasi tersebut
- Mengikut Kelas. Pihak sekolah boleh menghantar notifikasi kepada penjaga murid kelas tertentu sahaja
Antara fungsi notifikasi yang lain adalah
- Penetapan masa menghantar notifikasi. Notifikasi boleh di hantar pada masa tertentu sebagai contoh, jika pihak sekolah ingin menghantar notifikasi tersebut pada keesokan hari jam 7 pagi, pihak sekolah boleh menetapkan masa. Mesej tersebut tidak akan di hantar segera. Ianya akan dihantar mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.
- Respon kepada mesej. Jika pihak sekolah menginginkan respon daripada penjaga, penjaga akan menjawab respon dan akan dipaparkan dalam analisa notifikasi. Sebagai contoh mesej yang dihantar adalah ’13/4/2016 bermula dari jam 2 petang hingga 5 petang adalah hari kantin sekolah. Adakah penjaga akan hadir?’ Penjaga akan memilih Ya atau tidak dan sekolah boleh melihat respon di bahagian analisa notifikasi
Komunikasi ini adalah komunikasi 2 hala diantara pihak sekolah dan penjaga. Namun, komunikasi dua hala ini tertakluk kepada penjaga yang menggunakan aplikasi telefon pintar sahaja. Penjaga yang menggunakan sms sebagai medium notifikasi tidak akan dapat respkn kepada soalan yang dihantar dari pihak sekolah
PS: Jika pihak sekolah atau PIBG berminat untuk melihat demo aplikasi mysekolah. Sila isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda