Guru-guru boleh merekodkan kesalahan disiplin murid menggunakan aplikasi PEPATIH MySekolah telefon pintar.
Sebaik sahaja guru merekodkan kesalah disiplin murid, guru disiplin akan mendapat notifikasi di telefon pintar mengenai kesalah yang didaftarkan
Setiap murid akan mempunyai jumlah merit yang jumlahkan mengikut setiap kesalahan disiplin dan sahsiah
Admin perlu menetapkan peranan guru sebagai guru matapelajaran supaya guru menu disiplin dipaparkan di telefon pintar guru
Langkah 1 – Buka aplikasi PEPATIH MySekolah di telefon pintar
Garisan 3 (menu) berada di bahagian kiri atas aplikasi. Seperti dalam bulatan gambarajah di bawah
Langkah 2 – Tekan pada menu ‘disiplin’. Paparan disiplin akan dipaparkan di bahagian utama aplikasi
Langkah 3 – tekan pada butang ‘Daftar Kes’.
Langkah 4 – Pilih Tingkatan atau Tahun murid yang melakukan kesalahan. Rujuk gambarajah di bawah
Langkah 5 – Pilih kelas murid setelah pilihan kelas dipaparkan
Langkah 6 – Senarai murid dalam kelas akan dipaparkan. Pilih murid yang hendak direkodkan kesalahannya
Langkah 7 – Senarai kesalahan utama akan dipaparkan. Tandakan kesalahan yang dilakukan oleh murid
Jika kesalahan yang ingin didaftarkan tiada dalam senarai utama, tandakan pada bahagian lain-lain untuk memaparkan kesalahan-kesalahan lain
Pilih jenis kesalahan. Aplikasi akan memaparkan semua kesalahan mengikut jenis kesalahan yang dipilih.
Pilih kesalahan yang dilakukan (Setiap kesalahan mempunyai markah merit tersendiri)
Langkah 8 – Masukkan catatan dan tindakan. Tindakan adalah tindakan awal yang dilakukan oleh guru samada memberi amaran atau tiada jika tiada tindakan awal
Langkah 8 – Tekan butang kemaskink untuk mendaftarkan kesalahan
* PEPATIH MySekolah memudahkan pihak sekolah terutamanya guru disiplin dan pentadbir menguruskan kes disiplin murid dan menjadikan rekod disiplin lebih teratur
[…] Klik di sini jika ingin melihat panduan bagaimana setiap guru di sekolah boleh merekodkan kes disipl… […]
[…] Semua guru boleh merekodkan kesalahan murid. Klik disini untuk panduan bagaimana guru hendak merekodkan kes disiplin murid. […]
[…] Klik disini untuk panduan bagaimana setiap guru di sekolah hendak merekodkan kes disiplin […]