Pengurusan sekolah dan PIBG

Home Soalan Lazim

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan-soalan lazim yang ditanya

1. Mengapa dibayar oleh PIBG?

Setiap ibu bapa dan penjaga mengharapkan anak yang berpendidikan. Bagi menjadikan anak berpendidikan, anak-anak harus ke sekolah. Komunikasi 2 hala di antara penjaga dan sekolah adalah amat penting bagi memastikan matlamat ini tercapai.

Ini adalah inisiatif ibu bapa dan penjaga bagi memastikan anak-anak hadir ke sekolah seperti diharapkan.

Walaupun ibu, bapa dan penjaga percaya 100% anak pergi ke sekolah, namun usaha ini adalah bukan hanya untuk percaya, tetapi 100% pasti anak ke sekolah untuk pendidikan

2. Mengapa bayaran setiap tahun?

Aplikasi ini adalah versi cloud yang mana boleh dicapai dalam macam-macam cara, sewaan cloud bukan lah percuma. Ianya adalah kos bulanan. Tetapi bayaran diminta hanyalah setahun sekali.

Polisi pendidikan negara berbeza-beza dan terdapat pelbagai perubahan dalam masa setahun. Setiap tahun akan berubah. Dari KBSR ke KSSR dan sebagainya. Bayaran tahunan ini dapat membantu pembangunan aplikasi mengikut apa sahaja perubahan dan dasar pendidikan dari semasa ke semasa

3. Bagaimana jika bilangan murid berkurangan atau bertambah pada tahun berikutnya

Bayaran adalah mengikut bilangan murid semasa, jika pada tahun ini terdapat 1400 keluarga, tahun ini bayaran untuk 1400 keluarga. Jika tahun berikutnya ada 600 keluarga sahaja, bayaran tahun berikutnya adalah untuk 600 keluarga sahaja.

4. Adakah penjaga yang mempunyai lebih dari seorang anak di sekolah tersebut perlu membayar untuk kesemua anak?

Bayaran adalahmengikut keluarga. Jika penjaga mempunyai lebih dari seorang anak di sekolah tersebut, penjaga tersebut hanya perlu membayar untuk seorang anak sahaja.

5. Adakah PIBG perlu membayar kos pemasangan dan membeli peralatan

Tidak. Peralatan dan pemasangan akan dilakukan secara percuma mengikut bilangan murid di sekolah tersebut.

2001 ke atas 7 unit
1401 hingga 2000 6 unit
1001 hingga 1400 5 unit
700 hingga 1000 4 unit

6. Adakah peralatan dibekalkan mencukupi

Kajian telah dibuat dan didapati jumlah yang dibekalkan adalah mencukupi. Murid tidak perlu beratur panjang untuk proses cap jari dan tidak akan mengganggu perjalanan kebiasaan sekolah.

7. Bagaimana jika peralatan diberikan rosak

Peralatan yang rosak akan digantikan dengan yang lain melainkan rosak akibat ‘vendalisme’ atau hilang. Dan kerosakan lain seperti peralatan elektronik yang lain seperti kilat dan sebagainya.

8. Bagaimana dengan jari murid yang berminyak, basah atau kotor

Algoritma yang digunakan untuk mengenalpasti cap jari adalah algoritma terkini, hanya 30% padanan sudah mencukupi untuk proses kenalpasti cap jari. Selagi ada jalur di jari, 98% boleh dikenalpasti.

Proses mengambil cap jari akan menggunakan 2 jari. Jika 1 jari tidak boleh dibaca semasa murid melakukan proses cap jari setiap kali hadir ke sekolah, jari berikutnya boleh digunakan.

Jika kedua-dua jari yang diambil tidak boleh dibaca pada hari murid tersebut hadir, murid boleh memberitahu guru kelas dan guru kelas akan menandakan kehadiran menggunakan aplikasi telefon pintar guru kelas.

9. Bagaimana jika tiada jalur di jari atau tidak boleh dikenalpasti

Jika jalur di semua jari dari ibu jari hingga ke kelingking tidak boleh dibaca oleh peralatan, murid akan dibekalkan dengan kad. Murid tersebut boleh sentuh kad ke peralatan apabila hadir ke sekolah.

Namun ini hanya kurang dari 1% dari bilangan murid setiap sekolah

10. Lokasi peralatan diletakkan

Peralatan akan diletakkan di kawasan yang selalu di lalui oleh murid setiap kali hadir ke sekolah. Ianya akan di bahagi kepada bahagian perempuan dan lelaki supaya tidak bercampur di antara lelaki dan perempuan

11. Bila ibu bapa dan penjaga menerima notifikasi kehadiran anak

Notifikasi anak yang hadir akan di hantar dalam lingkungan 5 minit sebaik sahaja anak hadir ke sekolah. Namun bagi murid yang tidak hadir bergantung kepada pihak pengurusan sekolah. Jika pihak pengurusan menetapkan jam 9 pagi, ibu bapa atau penjaga akan menerima notifikasi anak tidak hadir jam 9 pagi. Selalunya pihak sekolah akan menetapkan jam 9 pagi untuk sesi pagi dan jam 2.30 petang untuk sesi petang

12. Bagaimana jika anak saya ‘lompat pagar’

Istilah ‘lompat pagar’ ini selalunya digunakan jika murid tersebut hadir pada kelas pertama dan kedua. Namun murid tersebut ‘lompat pagar’ dan tiada di kelas seterusnya.

Guru kelas juga akan menggunakan aplikasi telefon pintar. Sebelum sekolah menggunakan aplikasi ini, amat sukar untuk guru mengenalpasti murid yang ‘lompat pagar’ kerana guru matapelajaran tidak tahu siapa yang hadir dan tidak hadir melainkan diberitahu. Dengan aplikasi ini, guru kelas boleh mengetahui siapa yang hadir dan siapa yang hari pada kelas sebelumnya. Jika murid didapati tiada di dalam kelas tersebut, guru matapelajaran boleh menandakan tidak hadir menggunakan aplikasi yang dibekalkan. Notifikasi akan dihantar kepada ibu bapa dan penjaga. Dan ibu bapa atau penjaga boleh juga menyemak kehadiran anak di setiap kelas matapelajaran menggunakan aplikasi telefon pintar

13. Bagaimana cara untuk memasang aplikasi dan menggunakan aplikasi

Semua panduan boleh di dapati dalam laman web ini. Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan sentiasa melayari laman web ini. Kami akan mengemaskini dan memasukkan panduan dari semasa ke semasa.

14. Adakah aplikasi ini untuk kehadiran sahaja

Tidak. Aplikasi ini merangkumi semua komunikasi 2 hala di antara sekolah dan penjaga. Antara modul-modul yang boleh digunakan kelak adalah disiplin, notifikasi dan sebagainya