Baru-baru ini, terdapat sekolah yang memberikan ganjaran kepada murid yang hadir awal ke sekolah sebagai galakan kepada murid supaya datang awal ke sekolah.
Admin sekolah, guru disiplin dan Penolong Kanan HEM atau TPSA boleh mendapatkan laporan ini. Sila rujuk panduan di bawah
- Buka aplikasi PEPATIH MySekolah versi desktop menggunakan chrome extension
- Buka menu ‘Kehadiran Murid’ dan sub menu ‘Laporan’.
- Senarai Laporan akan dipaparkan di bahagian utama aplikasi. Klik pada ‘Kehadiran Mengikut Masa‘.
- Borang laporan kehadiran mengikut masa akan dipaparkan di bawah senarai laporan.
- Merujuk kepada gambarajah di atas. Masukkan masa mula murid hadir dan masa hingga. Jika guru ingin dapatkan murid yang hadir awal, sila masukkan masa dijangka paling awal murid hadir dan masa akhir. Sebagai contoh jika guru ingin mendapatkan murid yang hadir sebelum 6:30 pagi, masukkan masa mula 5:00 am dan masa hingga 6:30.
- Pilih julat masa. Jika guru ingin dapatkan laporan pada hari semasa, pilih tarikh mula dan tarikh akhir yang sama. Sebagai contoh guru ingin dapatkan murid yang datang awal pada 12 Februari 2018, Pilih 12/02/2018 sebagai tarikh mula dan pilih juga 12/2/2018 sebagai tarikh akhir
- Pilih sesi jika sekolah mempunyai 2 sesi.
- Tekan butang ‘Papar Laporan’
- Laporan akan dipaparkan di bawah borang tersebut. Sila skrol ke bawah untuk lihat.
- Laporan akan memaparkan senarai murid yang mengikuti kriteria carian. Jumlah yang dipaparkan adalah jumlah hari murid mengikut kriteria carian. Untuk melihat tarikh dan masa murid hadir mengikut kriteria carian, tekan butang info ‘i’ dan senarai hari dan masa bagi individu akan dipaparkan.