Pengurusan sekolah dan PIBG

Bagaimana aplikasi mySekolah membantu ibu, bapa atau penjaga

SHARE
, / 3168

Setiap hari anak anda pergi ke sekolah, tetapi adakah anda sebagai ibu, bapa dan penjaga tahu anak anda benar-benar ke sekolah. Pendidikan adalah penting untuk anak-anak. Langkah pertama dalam pendidikan adalah dengan pergi ke sekolah. Namun sebagai ibu, bapa dan penjaga, bagaimana anda hendak memastikan anak anda benar-benar ke sekolah.

Terdapat juga ibu,bapa dan penjaga yang menghantar sendiri anak-anak ke sekolah sehingga pintu pagar sekolah, dengan harapan dan betul-betul percaya anak mereka ke sekolah kerana mereka menghantar sendiri di hadapan pagar sekolah. Namun dalam sekelip mata sahaja setelah ibu, bapa atau penjaga hilang dari pandangan, anak-anak yang diharapkan ke sekolah telah menghilang. Mereka hanya sedar apabila mendapat panggilan dari sekolah menyatakan anak sudah lama tidak hadir ke sekolah. Pada ketika itu mungkin sudah terlambat untuk menghukum atau menasihati kerana ia telah lama berlaku.

Siapa yang akan percaya yang anak mereka ponteng sedangkan mereka menghantarnya di hadapan pintu pagar sekolah. Namun ini memang terjadi pada segelintir pelajar, dan ia tidak mustahil terjadi kepada anak anda.

FINGERPRINT

Bagaimana pula aplikasi mySekolah ini membantu anda sebagai ibu, bapa atau penjaga memastikan anak anda benar-benar berada di sekolah?

Berdasarkan gambarajah di atas,

  1. Setiap sekolah dibekalkan dengan alat pengimbas cap jari.
  2. Setiap kali anak anda hadir ke sekolah, mereka akan mengimbas cap jari pada pengimbas yang dibekalkan
  3. Cap jari digunakan kerana lebih efisyen, jika menggunakan kad, mereka boleh meminta rakan membantu mereka mengimbas kad
  4. Sebaik sahaja anak anda mengimbas, masa dicatatkan dan data masa kehadiran akan dimasukkan ke dalam cloud.
  5. Anda sebagai penjaga akan memasang aplikasi mobile ke telefon pintar anda
  6. Notifikasi kehadiran akan di hantar ke telefon pintar anda
  7. Anda juga sebagai penjaga boleh melihat rekod kehadiran anak anda setiap hari, begitu juga masa mereka sampai ke sekolah

Jika berlaku kepada anda yang anak anda ponteng sekolah, anda boleh buat tindakan serta merta.

Anda adalah ibu, bapa atau penjaga yang bijak, namun jadilah ibu, bapa atau penjaga yang lebih bijak dengan memastikan anak anda hadir ke sekolah

Klik di sini untuk melihat senarai sekolah yang menggunakan cap jari dan aplikasi mySekolah

Klik di sini untuk panduan memasang aplikasi mySekolah di telefon pintar anda

Klik di sini untuk panduan bagaimana melihat rekod kehadiran anak anda ke sekolah

PS: Jika pihak sekolah  atau PIBG berminat untuk melihat demo aplikasi mysekolah. Sila isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda

Jika anda ingin mendapat respon yang lebih pantas, sila whatsapp atau telegram atau sms ke nombor
016-2660020

Klik di sini untuk hubungi kami menggunakan whatsapp

Kod Sekolah (Diperlukan)

Nama Sekolah (Diperlukan)

Nama Pegawai Untuk Dihubungi - Sila masukkan nama, bukan jawatan(Diperlukan)

No. HP (Diperlukan)

Emel

Soalan