Pihak sekolah sahaja tidak akan dapat mengatasi masalah ponteng sekolah, ianya memerlukan kerjasama antara 2 pihak iaitu penjaga dan sekolah. PIBG dapat membantu kedua-dua pihak ini mengatasi masalah ponteng sekolah. Dan ini perlu dilakukan sebelum terlambat.
Jika penjaga dapat tahu anak mereka ponteng sekolah pada kadar segera, penjaga boleh mengambil tindakan yang sewajarnya. Kebanyakan kes penjaga tidak tahu anak mereka tidak hadir ke sekolah. Dan apabila mereka tahu, ianya sudah terlambat.
Ada juga di kalangan penjaga tidak percaya anak mereka tidak hadir ke sekolah apabila diberitahu.
PIBG boleh membantu dengan memasang aplikasi mySekolah ini di sekolah.
Adakah aplikasi ini menambah beban guru?
Tidak. Malah ia memudahkan kerja guru dengan analisa yang perlu di hantar tersedia. Buku daftar kehadiran tersedia, guru cuma perlu salin sahaja ke dalam buku daftar. Analisa yang perlu dihantar ke JPN atau PPD tersedia. Cetak dan fax kan sahaja
Adakah aplikasi ini berkesan mengatasi masalah ini?
Ya, dengan pemantauan dari dua-dua pihak iaitu sekolah dan penjaga. Beberapa sekolah yang sudah memakai aplikasi ini sudah memberi kesan yang positif berkaitan kadar kehadiran murid di sekolah mereka. Antara sebab-sebab aplikasi ini berjaya adalah
- Penentuan kehadiran murid menggunakan cap jari, dengan ini murid tidak dapat menipu kehadiran
- Proses verifikasi kehadiran boleh dilakukan setiap masa pembelajaran, jika sekolah mempunyai 11 masa pembelajaran, penjaga akan dapat tahu kehadiran setiap masa pembelajaran. Ini dapat mengatasi masalah murid yang keluar sekolah selepas rehat atau pada waktu-waktu tertentu
- Penjaga boleh lihat kehadiran anak mereka secara live. Penjaga boleh tahu kehadiran anak mereka pada masa dan hari yang sama. Ini dapat mengatasi masalah penjaga lewat tahu masalah anak di sekolah.
Langkah pertama pendidikan anak-anak adalah dengan hadir ke sekolah.
Anda sebagai penjaga harus memastikan langkah pertama ini tercapai.
PIBG boleh membantu menyediakan kemudahan ini untuk memastikan langkah pertama ini tercapai.
Klik di sini jika anda ingin tahu dengan lengkap bagaimana aplikasi ini berfungsi
Tujuan persatuan adalah
- untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;
- untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;
- untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;
- untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan
- untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan Pembelajaran
Fungsi persatuan adalah
- membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;
- menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah;
- meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat;
- meningkatkan kecerian premis Sekolah supya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program Pendidikan
PS: Jika pihak sekolah atau PIBG berminat untuk melihat demo aplikasi mysekolah. Sila isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda