Bagaimana hendak memantau murid yang selalu lewat?
Aplikasi mySekolah memudahkan guru-guru terutamanya guru disiplin, Penolong Kanan HEM memantau murid-murid yang selalu lewat.
- Klik menu kehadiran murid dan laporan
2. Pilih Laporan lewat
3. Guru-guru boleh memilih sendiri laporan lewat yang ingin dipaparkan.
- Jumlah lewat : bilangan minimum murid tersebut datang lewat. Sebagai contoh jika dimasukkan 5, ini bermakna paparkan laporan murid yang lewat 5 kali ke atas
- Julat Tarikh : Laporan lewat murid untuk tarikh mula hingga tarikh akhir. Sebagai contoh jika guru-guru inginkan laporan murid-murid yang lewat untul bulan 4 tahun 2016. Guru-guru boleh memilih tarikh mula 1/4/2016 dan tarikh akhir 30/4/2016
- Tekan butang papar. Dan sistem akan keluarkan senarai murid yang lewat 5 kali ke atas untuk bulan 4 tahun 2016
4. Aplikasi akan memaparkan senarai murid dengan nama kelas. Untuk melihat kehadiran individu dengan lebih jelas, klik bata butang info
Laporan ini adalah baik untuk mengenalpasti punca dan mengambil tindakan pada murid yang selalu datang lewat ke sekolah
PS: Jika pihak sekolah atau PIBG berminat untuk melihat demo aplikasi mysekolah. Sila isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda