Pengurusan sekolah dan PIBG

Laporan carian kes disiplin

Laporan kes disiplin murid memudahkan guru disiplin mencari rekod mengikut kes
SHARE
, / 6946

Laporan ini memudahkan guru disiplin mencari jumlah kes yang murid sudah lakukan. Ianya boleh dicari mengikut julat masa tertentu dan jenis kes.

Semua guru boleh merekodkan kesalahan murid. Klik disini untuk panduan bagaimana guru hendak merekodkan kes disiplin murid.

Pengguna yang mempunyai peranan sebagai guru disiplin dan PK HEM/TPSA sahaja yang boleh melihat modul ini

  1. Log masuk ke dalam aplikasi PEPATIH MySekolah chrome. Klik di sini untuk panduan bagaimana hendak log masuk ke dalam aplikasi menggunakan chrome jika anda masih belum mengetahui caranya.
  2. Buka menu ‘Disiplin‘ dan klik submenu ‘laporan‘. 
  3. Senarai laporan akan dipaparkan di bahagian utama aplikasi (tengah). 
  4. Klik pada ‘Kes Disiplin‘ dari senarai laporan disiplin.
  5. Borang kriteria carian akan dipaparkan di bawah senarai laporan disiplin. 
  6. Merujuk kepada gambarajah di atas, masukkan perkara-perkara berikut.
    • Minimum jumlah kes disiplin -masukkan jumlah minimum kesalahan disiplin sebagai contoh jika masukkan 5, aplikasi akan memaparkan murid yang mempunyai 5 kes disiplin ke atas bagi kriteria yang dipilij.
    • Kes Disiplin – Pilih semua jika anda ingin melihat semua kes yang dilaporkan dan pilih kes tertentu jika ingin melihat laporan bagi kes tertentu. Tandakan kes disiplin yang disenaraikan. Anda boleh memilih lebih dari 1 kes.
    • Jangkamasa – Masa mula dan masa hingga bagi kes yang dilaporkan. Sebagai contoh jika ingin melihat kes bulan Julai, pilih 01/07/2018 hingga 31/07/2018. Jika ingin melihat penggal pertama, pilih 03/01/2018 hingga 10/06/2018
    • Sesi – Pilih samada semua sesi, pagi atau petang.
  7. Klik butang ‘Papar Laporan‘ Setelah selesai mengisi kriteria carian.
  8. Laporan akan dipaparkan di bawah borang carian tersebut. 
  9. Laporan akan memaparkan nama murid, kelas dan jumlah kes yang telah dilaporkan bagi murid tersebut.
  10. Pada bahagian akhir laporan terdapat butang cetak. Klik butang tersebut untuk mencetak keputusan carian laporan.
  11. Klik butang info ‘i’ untuk melihat rekod individu tersebut.
  12. Rekod individu yang dipaparkan lengkap. Tarikh, Kes disiplin, Catatan oleh guru yang melaporkan, Tindakan awal yang diambil oleh guru yang melaporkan dan guru yang melaporkan kes.
  13. Untuk mencetak maklmat individu ini klik butang ‘Cetak

Jika anda ingin mendapat respon yang lebih pantas, sila whatsapp atau telegram atau sms ke nombor
016-2660020

Klik di sini untuk hubungi kami menggunakan whatsapp

Kod Sekolah (Diperlukan)

Nama Sekolah (Diperlukan)

Nama Pegawai Untuk Dihubungi - Sila masukkan nama, bukan jawatan(Diperlukan)

No. HP (Diperlukan)

Emel

Soalan