Pengurusan sekolah dan PIBG

Jadual kehadiran menggunakan fingerprint mengikut kelas

SHARE
, / 3075

Kesukaran yang dihadapi oleh pihak sekolah adalah untuk memastikan semua pelajar yang hadir ke sekolah fingerprint.

Jadual ini dapat membantu sekolah mengenalpasti pelajar yang selalu hadir tidak fingerprint ke sekolah. Jadual ini sama seperti buku rekod kedatangan pelajar cuma dalam jadual ini hanya dipaparkan pelajar tidak hadir ke sekolah, hadir fingerprint dan hadir tidak fingerprint. Pada bahagian hujung barisan juga di keluarkan ringkasan jumlah hadir, jumlah tidak hadir, jumlah fingerprint dan jumlah hadir tidak fingerprint pelajar

Modul ini hanya boleh dibuka oleh pengguna yang mempunyai peranan sebagai Admin, Penolong Kanan HEM/TPSA, guru disiplin dan guru kaunseling sahaja.

Berikut adalah langkah-langkah bagaimana hendak membuka laporan ini

  1. Buka aplikasi PEPATIH MySekolah chrome
  2. Klik pada menu ‘Kehadiran Murid’dan klik pada submenu ‘Laporan’. 
  3. Senarai laporan akan dipaparkan di bahagian utama aplikasi (tengah).
  4. Klik pada ‘Jadual Fingerprint Kelas’.
  5. Borang pilihan laporan akan dipaparkan di bahagian bawah senarai laporan. Skrol ke bawah untuk melihat borang.
  6. Masukkan bulan dan kelas untuk melihat jadual laporan. 
  7. Tekan butang ‘Papar’
  8. Laporan akan dipaparkan di bawah borang berkenaan (bawah butang papar). Skrol ke bawah untuk melihat jadual laporan
  9. Seperti dalam gambarajah di atas, jadual memaparkan rekod setiap hari bersama dengan ringkasan iaitu jumlah hadir, jumlah tidak hadir, jumlah fingerprint dan jumlah tidak fingerprint.

Gambar Jari – Pelajar hadir dan fingerprint

Gambar orang – Pelajar hadir tetapi tidak fingerprint (Kehadiran direkodkan oleh guru kelas secara manual atau pun guru matapelajaran)

Gambar pangkah – Pelajar tidak hadir ke sekolah

 

 

Nota : Terdapat masalah semasa mencetak iaitu gambar jari, orang dan pangkah tidak dicetak. Kami sedang cuba selesaikan masalah tersebut secepat mungkin