Pengurusan sekolah dan PIBG

Bagaimana pentadbir meluluskan permohonan keluar sekolah

SHARE
, / 1826

Pentadbir boleh melihat senarai guru atau kakitangan sekolah yang telah membuat permohonan keluar sekolah dan meluluskan atau tidak permohonan tersebut

Jika pentadbir hendak laporan yang lengkap keluar masuk guru/kakitangan, pentadbir boleh mengarahkan guru supaya fingerprint semasa keluar dan fingerprint semula apabila kembali ke sekolah

Peranan yang dibenarkan untuk meluluskan permohonan adalah Pengetua/Pengarah dan Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum/TPA

1. Buka aplikasi PEPATIH MySekolah telefon pintar

2. Skrol pada bahagian ‘Keberadaan Kakitangan’ dan lihat pada bahagian ‘keluar masuk’

3. Nombor dalam kurungan sebelah perkataan keluar masuk menunjukkan jumlah permohonan keluar pada hari tersebut.

4. Terdapat 3 bahagian iaitu ‘Belum Proses’, Diluluskan dan Tidak diluluskan.

5. Tekan pada butang ‘Belum Proses’ dan aplikasi akan memaparkan senarai permohonan keluar yang masih belum diproses.

6. Tekan pada nama guru/kakitangan dan pop up kelulusan akan dikeluarkan seperti gambarajah di bawah

7. Pilih samada ‘Lulus’ atau ‘Tidak’ dan tekan butang ‘Simpan’.