Pengurusan sekolah dan PIBG

Tetapan masa guru hari jumaat

SHARE
, / 7494

Waktu bekerja guru berbeza untuk hari jumaat sebagai contoh, jika guru mengajar sesi pagi, hari-hari biasa waktu bekerja adalah dari jam 7:20 hingga 1:45 tetapi hari jumaat dari jam 7:20 hingga 12:30.

Begitu juga dengan guru yang mengajar sesi petang. Hari-hari biasa guru mengajar dari jam 1:10 tengahari hingga 6:30 tetapi pada hari jumaat pula dari jam 2:30 tengahari hingga 6:30 petang.

Bagaimana hendak menetapkan waktu kehadiran guru supaya guru tidak lewat hadir pada hari jumaat dan tidak pulang awal.

  1. Admin perlu menetapkan dahulu tetapan masa untuk hari jumaat.
  2. Log masuk dalam aplikasi PEPATIH MySekolah chrome dan klik pada menu ‘Tetapan‘ dan klik pada submenu ‘Tetapan‘. screen-shot-2016-12-03-at-11-37-00-pm
  3. Pada bahagian tetapan guru/kakitangan, klik pada butang ‘Daftar tetapan baru’.screen-shot-2016-12-03-at-11-37-16-pm
  4. Masukkan maklumat masa kehadiran guru untuk jumaat. Sebagai contoh masukkan ‘Guru pagi jumaat’ atau ‘Guru petang jumaat’ pada tajuk.screen-shot-2016-12-03-at-11-37-29-pm
  5. Masukkan masa masuk dan masa keluar untuk hari jumaat. Sebagai contoh Masa masuk 7:20 dan masa Keluar 12:30
  6. Setelah selesai tekan butang ‘Kemaskini’ untuk simpan tetapan.
  7. Buka menu ‘Kakitangan‘ dan klik submenu ‘Kakitangan & Masa‘. 
  8. Senarai guru dan jenis masa dari tetapan guru akan dipaparkan dari isnin sehingga jumaat. 
  9. Klik sunting/edit iaitu butang bergambar pensel seperti dalam bulatan di gambarajah di atas.
  10. Pilih tajuk tetapan masa yang telah dimasukkan pada bahagian tetapan masa. Masa guru boleh ditetapkan berbeza-beza dalam Aplikasi PEPATIH MySekolah dari isnin hingga jumaat. Klik butang kemaskini setelah selesai

 

Jika anda ingin mendapat respon yang lebih pantas, sila whatsapp atau telegram atau sms ke nombor
016-2660020

Klik di sini untuk hubungi kami menggunakan whatsapp

Kod Sekolah (Diperlukan)

Nama Sekolah (Diperlukan)

Nama Pegawai Untuk Dihubungi - Sila masukkan nama, bukan jawatan(Diperlukan)

No. HP (Diperlukan)

Emel

Soalan