Pengurusan sekolah dan PIBG

Sijil berhenti sekolah dan sijil akuan sekolah

SHARE
, / 59987

PEPATIH MySekolah memudahkan sekolah dalam proses mencetak sijil berhenti sekolah dan sijil akuan sekolah. Sijil ini selalunya diberikan kepada murid yang telah berhenti sekolah dan kebanyakan sekolah telah ada sijil kosong yang perlu di cetak diatasnya.

Langkah-langkah mencetak sijil adalah mudah

  1. Guru kelas memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk sijil
  2. Cetak di atas kertas sijil (Boleh dicetak pada bila-bila masa walaupun murid telah berhenti sekolah lama)

Bagaimana guru kelas hendak merekodkan maklumat yang diperlukan dalam sijil

  1. Guru kelas log masuk ke dalam PEPATIH MySekolah chrome
  2. Sebaik sahaja guru kelas log masuk, akan nampak menu ‘Sijil’. 
  3. Klik pada menu sijil dan submenu sijil.
  4. Pada bahagian utama akan dipaparkan senarai murid dalam kelas dan maklumat sijil. 
  5. Masukkan maklumat di dalam kotak seperti sijil lahir dan sebagainya. Kesemua maklumat yang diisi akan disimpan secara auto sebaik sahaja tetikus (mouse) beralih ke medan lain
  6. Untuk mengisi maklumat lain seperti kokurikulum, maklumat persekolahan dan lain-lain, klik pada kotak bahagian (dalam bulatan merah). Apabila klik pada bahagian tersebut, senarai bahagian akan dipaparkan seperti gambarajah di bawah. 
  7. Pilih bahagian persekolahan untuk melihat dan mengemaskini maklumat persekolahan. 
  8. Klik pada bahagian peperiksaan untuk kemaskini bahagian peperiksaan dan begitu juga dengan bahagian-bahagian yang lain. 
  9. Kesemua maklumat yang diperlukan perlu diisi sebelum mencetak sijil di atas kertas sijil

Nota : Semua maklumat yang diisi akan disimpan secara auto sebaik sahaja tetikus bergerak ke bahagian lain, tidak perlu tekan butang simpan dan sebagainya