PEPATIH MySekolah memudahkan Penolong Kanan HEM atau Guru Disiplin mengenaplasti murid yang selalu ponteng. Berbanding dengan cara lama yang mana perlu menyemak buku daftar kehadiran satu per satu untuk mengenalpasti murid yang selalu ponteng.
Langkah-langkah
- Log masuk ke dalam aplikasi PEPATIH MySekolah
- Klik pada menu ‘Kehadiran Murid‘ dan klik pada submenu ‘Laporan‘ seperti dalam kotak kuning dalam gambarajah dibawah.
- Pada bahagian utama aplikasi akan dipaparkan senarai laporan bagi kehadiran murid.
- Klik pada laporan ‘Ponteng / Tidak Hadir‘ seperti dalam kotak kuning dalam gambarajah di atas.
- Sistem akan memaparkan borang kriteria carian di bawah senarai laporan seperti dalam gambarajah di bawah.
- Masukkan bilangan dalam bahagian ‘jmlah tidak hadir‘ iaitu bilangan minima murid ponteng yang ingin dicari. Pilih jangkamasa mula dan tamat. Pada bahagian sebab, tekan pada ‘Ponteng / Tiada Sebab‘.
- Sebagai contoh, guru ingin mencari murid yang ponteng sekurang-kurangnya 5 kali dari 1/9/2017 sehingga 22/10/2017, Seperti yang dilihat dalam gambarajah di atas, jumlah yang dimasukkan adalah 5, dan jangkamasa adalah dari 1/9/2017 hingga 22/10/2017.
- Sistem akan memaparkan laporan seperti di atas. sistem akan memaparkan nama murid, kelas murid sekarang dan jumlah tidak hadir dalam jangkamasa yang dipilih
- Bulatan kuning menunjukkan jumlah keputusan carian.
- Untuk melihat senarai tarikh murid secara individu tidak hadir, klik bada butang ‘info‘ seperti dalam butalan biru dalam gambarajah di atas
- Aplikasi akan memaparkan senarai tarikh murid tidak hadir beserta sebab dalam jangkamasa yang dipilih dalam laporan.
- Klik butang cetak untuk mencetak laporan ini