Pengurusan sekolah dan PIBG

Mengesahkan Permohonan Notifikasi Ibu Bapa atau Penjaga

SHARE
, / 2672

Ibu, bapa atau penjaga perlu memohon untuk mendapat notifikasi kehadiran anak mereka. Setiap permohonan perlu di sahkan dahulu oleh pihak sekolah terutamanya admin sekolah.

Jika permohonan di sahkan, barulah ibu, bapa atau penjaga mendapat notifikasi kehadiran anak dan melihat rekod kehadiran anak harian, bulanan dan tahunan.

Jika sekolah tidak sahkan permohonan, ibu, bapa dan penjaga tidak akan mendapat notifikasi.

Ini adalah penting untuk tujuan keselamatan. Bagi memastikan maklumat kehadiran hanya boleh dicapai oleh ibu, bapa atau penjaga yang sah.

Log masuk ke dalam sistem MySekolah Chrome. Klik di sini jika anda inginkan panduan log masuk ke dalam aplikasi MySekolah

Setiap kali ada permohonan notifikasi, pada dashboard admin sekolah akan memaparkan jumlah permohonan yang belum diproses.

3

Merujuk kepada gambarajah di atas, Terdapat 5 permohonan yang belum diproses. Klik pada pautan ‘Menunggu Pengesahan’ dan senarai penjaga yang memohon akan dipaparkan.

 

4

Maklumat yang dipaparkan adalah maklumat murid yang dipohon iaitu nama, no. kad pengenalan murid dan kelas. Maklumat lain yang dipaparkan adalah nama penjaga, no. kp penjaga, no telefon dan hubungan dengan murid. Sistem secara auto mencari maklumat murid yang berada dalam cloud dan paparkan no. kp dan nama dari cloud.

Jika sistem tidak menjumpai maklumat murid tersebut, hanya butang tidak sah akan dikeluarkan. Kerana notifikasi murid yang dipohon tiada dalam cloud.

 

sah

 

Jika admin sekolah sudah memastikan panjaga yang memohon adalah penjaga yang sah, admin boleh menekan butang sah.

Jika terdapat kesangsian, admin boleh tekan tidak sah dan masukkan sebab tidak sah. Sebab ini akan dapat dilihat dalam aplikasi telefon pintar penjaga dan penjaga boleh memohon semula.

Sebagai contoh jika didapati no. kad pengenalan tidak betul, boleh masukkan sebab ‘No. Kad Pengenalan anak tiada dalam sistem kami’

 

xsah

Proses sah dan tidak sah ini amat penting, kerana jika tidak dibuat kerana terdapat kesangsian, penjaga tidak akan tahu sebab dan tertunggu-tunggu

 

PS: Jika pihak sekolah berminat untuk melihat demo aplikasi mysekolah. Sila isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda

Jika anda ingin mendapat respon yang lebih pantas, sila whatsapp atau telegram atau sms ke nombor
016-2660020

Klik di sini untuk hubungi kami menggunakan whatsapp

Kod Sekolah (Diperlukan)

Nama Sekolah (Diperlukan)

Nama Pegawai Untuk Dihubungi - Sila masukkan nama, bukan jawatan(Diperlukan)

No. HP (Diperlukan)

Emel

Soalan

Leave A Reply

Your email address will not be published.