Pengurusan sekolah dan PIBG

Mencetak kod QR Setiap Pelajar

SHARE
, / 4256
Mencetak kod QR Setiap Pelajar

Admin boleh mencetak kod QR setiap pelajar mengikut kelas yang akan digunakan untuk merekodkan kehadiran pelajar setiap hari ke sekolah bersama suhu

Sila ikuti langkah-langkah di bawah

  1. Log masuk ke dalam aplikasi PEPATIH MySekolah versi chrome
  2. Klik pada menu ‘Kehadiran murid’ dan klik pada submenu ‘Laporan’ seperti gambarajah di bawah

3. Senarai laporan akan dikeluarkan di bahagian utama (tengah) aplikasi. Klik pada laporan QR Code

4. Pilihan kelas dan jumlah kolum akan dipaparkan, pilih kelas untuk paparkan kod QR dan jumlah kolum dipaparkan untuk cetakan, Jika ingin mencetak besar, pilih bilangan kolum yang kecil. Setelah selesai tekan butang papar.

5. Kod QR untuk setiap pelajar akan dipaparkan,. Butang cetak ada i bahagian akhir muka tersebut. Skrol sehingga ke akhir muka dan tekan butang cetak. Semak semua kod QR semasa preview cetakan, jika tidak semua kod QR keluar semasa preview, tekan butang ‘cancel’ dan tekan semula butang cetak