Pengurusan sekolah dan PIBG

Penambahbaikan dalam pembangunan

SHARE
, / 1771

Bagi memastikan aplikasi PEPATIH MySekolah berjalan dengan lancar, kelemahan-kelemahan akan dikenalpasti dan sedang diperbaiki. Begitu juga dengan maklum balas yang diterima dari pengguna di pihak sekolah

  1. Aplikasi mengenalpasti pekerja atau murid baru yang didaftarkan

Aplikasi ini akan semak murid atau kakitangan yang baru didaftarkan dalam PEPATIH MySekolah setiap 3 minit dan jika ada, aplikasi akan muat naik nama dan id cap jari ke mesin utama di mana cap jari diambil. 

Pada masa ini setelah murid atau kakitangan didaftarkan, admin sekolah terpaksa menunggu keesokan hari untuk mengambil cap jari murid atau kakitangan. atau admin boleh mendaftarkan menggunakan id cap jari yang diberikan dalam sistem pada peranti cap jari dengan menggunakan menu ‘Add new user’

2. Aplikasi mengenalpasti cap jari baru diambil dan mengagihkan cap jari tersebut ke peranti cap jari yang lain

Aplikasi ini sentiasa semak peranti cap jari utama bagi mengenalpasti jika terdapat cap jari baru yang diambil, jika ada aplikasi akan muat turun cap jari tersebut dan agihkan ke peranti-peranti yang lain

Semasa dalam proses kajian dan pembangunan modul ini terdapat 2 situasi iaitu

  • Cap jari baru diambil semasa peranti tersebut masih ada sambungan ke cloud. Dalam situasi ini tiada masalah kerana aplikasi dapat mengenalpasti murid atau kakitangan yang cap jarinya baru diambil dan boleh muat turun cap jari individu tersebut sahaja, kemudian agihkan ke peranti cap jari yang lain
  • Cap jari baru diambil semasa peranti tersebut tidak bersambung ke cloud. Bagi situasi ini, aplikasi perlu muat turun semua ringkasan maklumat cap jari dan bandingkan dengan jumlah cap jari dalam cloud. Proses ini menggunakan data yang banyak. Oleh itu proses ini tidak dapat dilakukan semasa waktu sesak, kerana ia akan menjejaskan proses pengumpulan log kehadiran kakitangan dan murid

3. Status Cloud dalam aplikasi telefon pintar admin, guru kelas dan penjaga

Pada ketika ini, admin di sekolah atau kolej tidak mengetahui status cloud samada cloud bersambung atau terputus. Oleh itu kami sedang membangunkan modul ini yang akan dipaparkan kepada admin, guru kelas dan penjaga.