Pengurusan sekolah dan PIBG

Kehadiran khas

SHARE
, / 2628

Kehadiran khas adalah kehadiran selain daripada kehadiran ke sekolah. Contoh kehadiran khas adalah

Murid – Hari Sukan, Hari Kokurikulum, Rekod balik asrama dan sebagainya

Guru – Mesyuarat guru, LDP dan sebagainya

Langkah 1

Jika anda ingin membuat laporan kehadiran khas murid, Buka menu ‘Kehadiran Murid’ dan submenu ‘Kehadiran khas’ seperti gambarajah di bawah

Jika ingin membuat laporan ‘Kehadiran Khas’ guru, buka menu ‘Kakitangan’ dan submenu ‘Kehadiran Khas’ seperti gambarajah di bawah

Langkah 2

PEPATIH MySekolah akan memaparkan senarai kehadiran khas di bahagian utama aplikasi

Langkah 3

Klik butang ‘Daftar Kehadiran Khas’ untuk mendaftar kehadiran khas baru

Langkah 4

Isi borang maklumat kehadiran khas.

  1. Tajuk – tajuk kehadiran khas sebagai contoh LDP ke 2, Hari Kantin, Hari Kokurikulum, Balik kampung pilihan 17/7/2017 dan sebagainya
  2. Tarikh – Tarikh kehadiran khas diambil
  3. Masa mula fingerprint – Masa fingerprint akan direkodkan sebagai kehadiran khas
  4. Masa tamat fingerprint – Masa akhir fingerprint akan direkodkan sebagai kehadiran khas
  5. Masa lewat fingerprint – Masa rekod kehadiran khas dikategorikan sebagai lewat

Perlu diingatkan bahawa tarikh untuk kehadiran khas mestilah hari cuti, jika ianya hari persekolahan, sila tukar tarikh tersebut kepada ‘Cuti Peristiwa’

Setelah selesai, klik butang ‘Daftar’

Langkah 5

Kehadiran khas yang baru didaftarkan akan dikeluarkan dalam senarai kehadiran khas

Langkah 6

Setelah selesai mendaftar ‘Kehadiran khas’, laporan tidak akan dipaparkan lagi sehingga ianya selesai diproses. Jika semua murid atau guru telah selesai fingerprint, klik pada butang ‘Proses’, sistem akan mengambil masa beberapa minit untuk memproses kehadiran khas ini

Status akan bertukar kepada ‘Sedang Diproses’. Buka semula senarai ini kemudian untuk melihat status proses

Langkah 7

Setelah ‘Kehadiran khas’ selesai diproses, anda akan dapat lihat butang ‘Laporan’. Klik pada butang ‘Laporan’ untuk melihat senarai kehadiran. Di bahagian akhir laporan yang dipaparkan, terdapat butang ‘Cetak’ dan ‘Export ke CSV’ supaya anda dapat cetak dan simpan dalam excel