Pengurusan sekolah dan PIBG

Bagaimana hendak memaparkan pengumuman pada kiosk tv

SHARE
, / 2424

PEPATIH MySekolah dilengkapi dengan kiosk tv yang mana kiosk tv ini memaparkan analisa ringkas mengenai kehadiran murid, guru dan sebagainya.

Kiosk TV ini juga boleh digunakan untuk memaparkan pengumuman,notifikasi dan sebagainya. Terutamanya kepada guru-guru.

Pada bahagian kiri, di bawah tarikh (Dalam kotak merah) akan dipaparkan pengumuman atau apa-apa notifikasi.

Langkah-langkah untuk memaparkan notifikasi ini adalah seperti di bawah.

  1. Log masuk ke dalam aplikasi PEPATIH MySekolah sebagai admin
  2. Klik menu ‘notifikasi’ dan submenu ‘pengumuman‘ seperti gambarajah di bawah 
  3. Setelah klik pada submenu ‘Pengumuman‘ Pada bahagian utama aplikasi akan memaparkan senarai pengumuman yang telah dibuat jika ada. 
  4. Untuk buat pengumuman baru, Klik pada butang ‘Pengumuman Baru‘.
  5. Borang maklumat pengumuman akan dipaparkan 
  6. Berikut adalah maklumat ringkas medan dalam borang

 

  • Tarikh Mula : Tarikh mula pengumuman akan dipaparkan pada kiosk tv
  • Tarikh Tamat : Tarikh akhir pengumuman akan dipaparkan pada kiosk tv
  • Perkara : Ayat pengumuman yang akan diaparkan pada kiosk tv

Sebagai contoh anda ingin memaparkan pengumuman kepada guru, pengumuman akan dipaparkan pada kiosk tv bermula dari 23/8/2017 sehingga 25/8/2017 mengenai LDP ke 5.

Masukkan 23/8/2017 dalam Tarikh mula.

Masukkan 25/8/2017 dalam Tarikh Tamat

Masukkan ‘Mesyuarat LDP Ke 5 pada 26/8/2017 bermula dari jam 9:00 pagi sehingga 12:00 tengahari

Guru sila bawa telefon pintar masing masing’