Pengurusan sekolah dan PIBG

Laporan murid yang hadir tetapi tidak sahkan kehadiran dengan ‘fingerprint’

SHARE
, / 899

Bahagian yang paling kritikal dalam sistem PEPATIH MySekolah adalah murid hadir tetapi tidak ‘fingerprint’. Laporan ini dikeluarkan untuk mengenalpasti murid-murid tersebut

Bagaimana sistem mengenalpasti murid yang hadir tidak ‘fingerprint’

  1. Jika guru kelas mengubah rekod kehadiran murid dari tidak hadir kepada hadir menggunakan aplikasi telefon pintar ‘PEPATIH MySekolah’
  2. Guru mengubah kehadiran di eKehadiran KPM

Jika kedua-dua perkara di atas tidak dilakukan, sistem tidak dapat mengenalpasti murid yang hadir tetapi tidak fingerprint

Untuk melihat dan mencetak laporan murid yang hadir tidak fingerprint, ikuti langkah-langkah di bawah

  1. Buka aplikasi PEPATIH MySekolah chrome dan log masuk ke dalam sistem
  2. Klik pada menu ‘Kehadiran Murid’ dan klik pada submenu ‘Laporan’.
  3. Senarai laporan akan dipaparkan di bahagian utama sistem. Klik pada laporan ‘Hadir Tidak Fingerprint’ 
  4. Sistem akan keluarkan borang carian di bawah senarai laporan. Masukkan tarikh bagi melihat murid yang hadir tidak fingerprint pada tarikh tersebut dan klik butang ‘Papar Laporan’. 
  5. Laporan akan dikeluarkan di bawah borang carian. 
  6. Laporan akan mengeluarkan , nama murid dan kelas. Untuk mencetak, skrol ke bawah sehingga jumpa butang ‘Cetak’ dan butang ‘Eksport ke CSV’.