Laporan murid lewat berturut-turut dapat memudahkan guru terutamanya guru disiplin mengenalpasti murid yang lewat berturut-turut.
Jika anda inginkan panduan melihat laporan murid lewat berkala. Sila klik pada pautan di bawah
Bagaimana membuka laporan murid lewat berkala
Langkah pertama adalah log masuk ke dalam sistem PEPATIH MySekolah menggunakan extension chrome. Kepada sesiapa yang masig belum tahu bagaimana hendak log masuk ke dalam sistem, sila rujuk panduan di bawah
Bagaimana hendak membuka aplikasi PEPATIH MySekolah
Langkah Kedua – Setelah log masuk ke dalam aplikasi PEPATIH MySekolah, klik pada menu ‘Kehadiran Murid’ dan seterusnya klik pada submenu ‘Laporan’ seperti dalam gambarajah di bawah
Langkah Ketiga – Senarai laporan kehadiran murid akan di paparkan pada bahagian utama aplikasi iaitu di bahagian tengah. Pilih ‘Lewat’ dan borang kriteria carian laporan lewat akan dipaparkan di bawah senarai laporan lewat
Langkah Keempat – Masukkan jumlah lewat berturut-turut yang dikehandaki, sebagai contoh, anda ingin melihat laporan murid yang lewat 4 kali berturut-turut dan lebih, masukkan nilai 4 dalam kotak jumlah lewat.
Tandakan pada kotak ‘Berturut-turut’. Dan masukkan jangkamasa laporan. Sebagai contoh seperti gambarajah di atas, anda inginkan murid yang lewat 4 kali berturut-turut dan lebih dari 10 januari 2017 sehingga 16 ogos 2017. Setelah selesai, tekan butang ‘Papar Laporan’
Langkah Kelima – Senarai murid yang lewat berturut-turut akan dipaparkan pada bahagian bawah borang kriteria tersebut.
Anda akan dapat lihat 3 lajur iaitu nama murid, kelas dan jumlah lewat berturut-turut.
Langkah Keenam – Untuk melihat lebih lengkap seperti tarikh lewat bagi setiap individu, klik pada butang info ‘i’, Maklumat lengkap senarai ratikh lewat akan dipaparkan pada ‘popup’
Seperti dalam gambarajah di atas, anda dapat lihat tarikh murid lewat bersama masa masuk. Dan pada lajur terakhir dipaparkan bilangan berturut-turut
PS: Jika pihak sekolah berminat untuk melihat demo aplikasi mysekolah. Sila isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda