Pengurusan sekolah dan PIBG

Mencari rekod murid selalu lewat

SHARE
, / 3017

Aplikasi PEPATIH MySekolah dilengkapi dengan carian laporan murid lewat.

Laporan ini boleh dilihat oleh pengguna sekolah yang mempunyai peranan Penolong Kanan HEM atau Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Guru Disiplin dan Admin Sekolah.

Langkah-langkah Untuk melihat laporan ini.

  1. Klik pada menu ‘Kehadiran Murid’ dalam aplikasi yang menggunakan google chrome

2. Klik pada submenu ‘Laporan’ seperti dalam gambarajah di atas

3. Senarai laporan kehadiran murid akan dipaparkan pada paparan utama di bahagian tengah aplikasi

4. Klik pada laporan ‘Lewat’ seperti dalam gambarajah di atas

5. Borang kriteria carian akan dipaparkan di bawah senarai ‘Laporan Kehadiran Murid’

6. Antara kemudahan aplikasi PEPATIH MySekolah ini, pengguna boleh memilih sendiri kriteria yang dikehendaki, Antara perkara yang perlu dimasukkan dalam borang carian sebelum laporan lewat dikeluarkan adalah Jumlah Lewat Minimum dan jangkamasa.

Sebagai contoh jika pengguna ingin melihat laporan murid yang lewat melebihi 5 kali dalam bulan Jun. Pengguna perlu masukkan nilai ‘5’ dalam kotak jumlah lewat dan jangkamasa masukkan 1/6/2017 sehingga 30/6/2017. Laporan akan mengeluarkan senarai murid yang lewat sebanyak 5 kali atau melebihi 5 kali dalam jangkamasa tersebut.

Lain-lain contoh jika ingin melihat murid yang lewat 6 kali ke atas semenjak buka semester ke dua, masukkan nilai ‘6’ dalam medan ‘Jumlah Lewat’ dan masukkan tarikh dari 12/6/2017 hingga 11/7/2017 di mana 12/6/2017 adalah tarikh sekolah dibuka untuk semester kedua dan 11/7/2017 adalah tarikh terkini

7. Klik butang ‘Papar Laporan’

8. Pada bahagian bawah borang kriteria, sistem akan memaparkan ‘laporan lewat’. Antara yang dipaparkan dalam laporan lewat tersebut adalah Nama Murid, Kelas dan berapa kali atau jumlah murid lewat bagi jangkamasa yang dipilih

9. Laporan ini boleh dicetak, butang cetak berada di bahagian akhir laporan

 

 

PS: Jika pihak sekolah berminat untuk melihat demo aplikasi mysekolah. Sila isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda

Jika anda ingin mendapat respon yang lebih pantas, sila whatsapp atau telegram atau sms ke nombor
016-2660020

Klik di sini untuk hubungi kami menggunakan whatsapp

Kod Sekolah (Diperlukan)

Nama Sekolah (Diperlukan)

Nama Pegawai Untuk Dihubungi - Sila masukkan nama, bukan jawatan(Diperlukan)

No. HP (Diperlukan)

Emel

Soalan