Pengurusan sekolah dan PIBG

Analisa kehadiran lengkap kelas

SHARE
, / 2993

Kini Admin, Penolong Kanan HEM atau TPSA, Guru disiplin dapat melihat dengan lebih terperinci kehadiran murid bagi setiap kelas

Ini adalah penambahan dari modul ‘Analisa lengkap kehadiran mengikut tingkatan

1. Pada dashboard, klik butang ‘Kehadiran Mengikut Kelas’ seperti dalam gambarajah di bawah


2. Anda akan dapat lihat analisa lengkap kehadiran mengikut tingkatan / tahun


3. Klik pada butang ‘Kehadiran Lengkap TINGKATAN DUA’ jika ingin melihat lebih terperinci kehadiran tingkatan dua, klik pada butang mengikut pilihan anda

4. Paparan lengkap bagi setiap kelas dalam tingkatan / tahun pilihan anda


5. Seperti gambarajah di atas, anda akan dapat melihat maklumat lengkap kehadiran mengikut kelas. Antara maklumat yang dipaparkan adalah

  • Jumlah murid bagi kelas
  • Jumlah murid yang tiada fingerprint
  • Jumlah yang hadir
  • Jumlah yang tidak hadir
  • Peratus Kehadiran

Dengan maklumat ini, anda dapat melihat dengan lebih jelas kelas mana yang mempunyai peratus kehadiran yang rendah.

Antara sebab-sebab yang dikenalpasti murid dikatakan tidak hadir

  1. Murid memang tidak hadir
  2. Murid tidak sahkan kehadiran menggunakan cap jari
  3. Murid tiada cap jari

6. Anda boleh melihat dengan lebih terperinci kehadiran kelas dengan menekan butang biru bagi kelas yang dipilih


7. Paparan di atas adalah paparan terperinci murid bagi kelas yang dipilih. Antara paparan adalah

  • Id cap jari – memudahkan admin mengambil cap jari
  • Mempunyai cap jari – memudahkan admin mengenalpasti murid yang masih belum mendaftar cap jari
  • Status kehadiran – murid hadir atau tidak pada hari tersebut
  • Sah kehadiran menggunakan cap jari – Jika ‘YA’ bermakna murid tersebut mengesahkan kehadiran menggunakan cap jari, jika ‘TIDAK’ murid hadir tetapi tidak mengesahkan kehadiran menggunakan cap jari. Ini membantu guru mengenalpasti murid mana yang tidak buat cap jari
  • Masa cap jari – masa murid sah kan kehadiran menggunakan cap jari