Pengurusan sekolah dan PIBG

Analisa kehadiran harian mengikut tingkatan

SHARE
, / 2961

Sebagai pentadbir sekolah, tahukah anda peratusan kehadiran harian mengikut tingkatan. Analisa ini dapat membantu guru disiplin, Penolong kanan HEM atau TPSA mengenalpasti tingkatan atau tahun mana yang paling ramai tidak hadir.

 

Laporan ini boleh dibuka dari aplikasi telefon pintar supaya pentadbir boleh melihat peratusan ini di mana sahaja.

Antara perkara yang dipaparkan adalah:

1. Jumlah murid dalam tingkatan atau tahun tersebut

2. Jumlah murid yang masih belum ada fingerprint bagi tingkatan atau tahun tersebut

3. Jumlah murid hadir pada hari tersebut

4. Jumlah murid tidak hadir pada hari tersebut

5. Peratus kehadiran bagi tingkatan atau tahun tersebut

 

Untuk melihat laporan ini pengguna telefon pintar mesti mempunyai peranan Admin sekolah, Penolong Kanan HEM atau TPSA dan guru disiplin sekolah

Langkah-langkah

1. Buka aplikasi PEPATIH MySekolah telefon pintar

2. Pada dashboard terdapat bahagian ‘Kehadiran Murid’

3. Pada bahagian bawah kehadiran murid ini terdapat butang yang baru di masukkan iaitu ‘Kehadiran Mengikut Kelas’. Lihat bahagian bulat berwarna hijau pada gambarajah di bawah

4. Tekan pada butang ‘Kehadiran Mengikut Kelas’ dan analisa kehadiran mengikut tingkatan akan dipaparkan

 

Pembangunan seterusnya adalah melihat peratusan dan analisa bagi setiap kelas dalamt tingkatan tahun apabila tingkatan tahun ditekan. Panduan dan pengguna akan dimaklumkan setelah siap dibangunkan

 

One Comment