Pengurusan sekolah dan PIBG

Aktiviti dan program sekolah

SHARE
, / 11154

Terdapat sekolah yang boleh dikatakan setiap hari mempunyai program dan aktiviti, terutamanya program dan aktiviti yang melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM.

Ada juga aktiviti yang perlu penglibatan ibu, bapa dan penjaga sebagai contoh ‘Hari Terbuka Sekolah’.

Modul aktiviti diwujudkan atas permintaan sekolah supaya ibu, bapa dan penjaga tahu aktiviti dan program yang dijalankan di sekolah.

Pada ketika ini aktiviti dan program boleh dimasukkan oleh admin dan pentadbir sekolah menggunakan aplikasi PEPATIH MySekolah telefon pintar. Pada masa akan datang aktiviti boleh dimasukkan oleh ‘Penyelaras Tingkatan’ bagi aktiviti tingkatan beliau dan guru kelas boleh merekodkan aktiviti bagi kelas masing-masing.

Ibu bapa dan penjaga boleh melihat aktiviti dan program, jika anak mereka terlibat melalui aplikasi telefon pintar PEPATIH MySekolah.

Aktiviti tidak semestinya untuk semua pelajar, admin boleh memilih samada aktiviti dipaparkan di telefon pintar semua penjaga, atau penjaga yang mempunyai anak bersekolah sesi pagi atau petang sahaja, atau penjaga yang mempunyai anak di tingkatan tertentu sahaja atau penjaga yang mempunyai anak di kelas tertentu sahaja.

Ini membolehkan paparan aktiviti dan program lebih baik kerana aplikasi tidak akan memaparkan aktiviti dan program yang mana anak mereka tidak terlibat.

Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk merekodkan aktiviti dan program sekolah.

  1. Buka aplikasi telefon pintar PEPATIH MySekolah
  2. Tekan pada menu di bahagian atas kiri aplikasi. 
  3. Tekan pada menu ‘Aktiviti‘.  Menu ini hanya wujud pada telefon pintar admin dan pentadbir sekolah sahaja.
  4. Senarai aktiviti dan program akan di paparkan di bahagian utama aplikasi. 
  5. Pada bahagian bawah kanan aplikasi terdapat butang daftar aplikasi iaitu butang dengan simbol ‘+’. Tekan butang tersebut untuk daftar aktiviti dan program baru.
  6. Masukkan perkara-perkara berikut: 
    • Tarikh – Tarikh aktiviti atau program dijalankan
    • Diterima Oleh – Jika pilih ‘Penjaga’, aktiviti yang didaftarkan akan dipaparkan dalam aplikasi telefon pintar penjaga sahaja, Jika pilih ‘Guru’, aktiviti akan dipaparkan dalam aplikasi telefon pintar guru sahaja dan pilih ‘Penjaga dan Guru’ supaya aktiviti dipaparkan pada telefon pintar guru dan penjaga. Sebagai contoh, LDP hanya dipaparkan dalam telefon pintar guru sahaja.
    • Jika penjaga yang dipilih, borang jenis penjaga akan dipaparkan seperti dalam gambarajah di bawah.
    • Pilih jenis penjaga samada aktiviti dilihat oleh semua penjaga atau sesi pagi/petang atau tingkatan tertentu sahaja atau kelas tertentu sahaja
    • Penjaga dijemput hadir – Ada aktiviti yang memerlukan kehadiran penjaga. Tandakan ‘Penjaga dijemput hadir’ jika ingin penjaga hadir
  7. Masukkan tajuk aktiviti atau program dan tekan butang kemaskini. 

Panduan seterusnya akan menunjukkan bagaimana aktiviti ini dipaparkan di aplikasi telefon pintar PEPATIH MySekolah guru dan penjaga dan bagaimana ia dipaparkan di kalendar persekolahan

Dalam pembangunan : Gambar aktiviti boleh dimuat naik supaya penjaga dan guru boleh melihat gambar-gambar tersebut

Jika anda ingin mendapat respon yang lebih pantas, sila whatsapp atau telegram atau sms ke nombor
016-2660020

Klik di sini untuk hubungi kami menggunakan whatsapp

Kod Sekolah (Diperlukan)

Nama Sekolah (Diperlukan)

Nama Pegawai Untuk Dihubungi - Sila masukkan nama, bukan jawatan(Diperlukan)

No. HP (Diperlukan)

Emel

Soalan