Aplikasi mySekolah dilengkapi dengan modul keberadaan guru. Maklumat sebab tidak hadir samada CRK, CB, K dan lain-lain akan di isi oleh pembantu tadbir. Guru, bukan guru dan juga kakitangan swasta akan menggunakan fingerprint untuk menggantikan ‘punch card’. Ianya amat mudah kerana pembantu tadbir sudah tahu siapa yang tidak hadir.
Klik di sini untuk maklumat lanjut bagaimana Pembantu Tadbir mengisi kakitangan yang tidak hadir.
Pengetua dan pembantu tadbir boleh melihat dan mencetak laporan dan analisa keberadaan guru.
- Laporan kehadiran guru
Langkah 1 : klik pada menu kakitangan dan sub menu jadual kedatangan untuk melihat laporan kehadiran
Langkah 2 : Pilih bulan dan tahun laporan dan pilih jenis laporan, Bukan Guru adalah untuk laporan bukan guru, Guru adalah laporan keberadaan guru dan kakitangan swasta adalah untuk kakitangan swasta
Langkah 3 : Laporan yang dikeluarkan boleh dicetak dan dihantar terus ke PPD atau JPN
Laporan ini memudahkan kerja-kerja pembantu tadbir lebih 50%
2. Analisa keberadaan guru
Untuk melihat analisa keberadaan guru, klik menu kakitangan dan analisa keberadaan.
Pilih bulan dan papar. Laporan analisa keberadaan guru akan dikeluarkan
Kesemua laporan ini adalah dalam format yang diperlukan oleh PPD atau JPN.
PS: Jika pihak sekolah atau PIBG berminat untuk melihat demo aplikasi mysekolah. Sila isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda