Jadual waktu adalah penting untuk memantau kehadiran murid mengikut masa. Terdapat juga kes murid berada di sekolah dan hilang selepas rehat. Guru matapelajaran boleh membuat verifikasi kehadiran murid mengikut masa guru matapelajaran tersebut mengajar.
Verifikasi ini membolehkan penjaga tahu anak mereka berada di sekolah setiap masa. Sebagai contoh apabila penjaga membuka aplikasi telefon pintar, dan melihat kehadiran anak mengikut masa sehingga akhir waktu persekolahan tersebut.
Penjaga boleh mencadangkan PIBG sekolah menggunakan aplikasi ini supaya penjaga boleh memantau kelakuan dan kehadiran anak di sekolah. Dengan kerjasama antara penjaga dan sekolah ini, masalah-masalah dapat di atasi dengan baik.
Untuk fungsi ini, jadual waktu mestilah dimasukkan dahulu, supaya aplikasi boleh mengenalpasti guru matapelajaran dan kelas. Kebanyakan sekolah menggunakan aplikasi ASC untuk membina jadual waktu sekolah.
Fail jadual waktu ini boleh dihantar untuk proses kemasukan data ke dalam aplikasi mysekolah.
Langkah pertama setelah membuka aplikasi ASC adalah klik pada menu Fail dan Eksport
Pilih aSc Jadual waktu XML Database
Masukkan nama fail contoh smka.xml dan tekan butang save. Setelah selesai, hantar fail smka.xml tersebut kepada helpdesk di telegram 016 266 0020 atau emel ke bantuan@sekolahmalaysia.com
Kami sedang membangunkan modul supaya pihak admin sekolah boleh upload fail ini dan paparan jadual waktu terus keluar dalam aplikasi mySekolah. Namun sementara ia siap, admin sekolah boleh menghantar fail tersebut dahulu untuk kami proses
PS: Jika pihak sekolah berminat untuk melihat demo aplikasi mysekolah. Sila isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda