Pengurusan sekolah dan PIBG

Kod QR Kehadiran guru

SHARE
, / 3225

Berbeza dengan murid yang mana setiap murid mempunyai kod QR tersendiri, tetapi kod QR kehadiran semasa pandemik covid-19 ini adalah sama

Semua guru dan kakitangan akan imbas kod QR yang sama. Dicadangkan kod QR diletakkan berhampiran dengan alat pengimbas suhu, kerana setiap kali guru atau kakitangan imbas kod QR, aplikasi akan meminta memasukkan suhu.

Kod QR mesti diimbas menggunakan aplikasi PEPATIH MySekolah telefon pintar guru, kerana aplikasi akan terus mengeluarkan nama guru mengikut log masuk masing-masing dalam aplikasi PEPATIH MySekolah telefon pintar.

Kod QR berubah setiap hari (Atas tujuan keselamatan dan integriti data). Aplikasi akan mengeluarkan ralat ‘QR code expired’ jika mengimbas kod QR tarikh lain.

Bagaimana hendak mencetak kod QR setiap hari

  1. Log masuk ke dalam aplikasi PEPATIH MySekolah chrome.
  2. Klik pada menu ‘Kakitangan’ dan klik pada submenu ‘QR Code Kehadiran’

3. Pilih tarikh untuk cetak Kod QR Kehadiran. Aplikasi akan memaparkan kod QR Kehadiran bagi tarikh yang di pilih. Tekan cetak untuk mencetak kod QR

4. Tampalkan kod QR mengikut sekolah masing-masing. Ada sekolah yang tidak mahu guru turun kereta jadi pengawal keselamatan yang akan mengimbas suhu, jadi kod QR diletakkan di pondok keselamatan. sebaik sahaja guru imbas kod QR, pengawal keselamatan akan imbas suhu, guru boleh masukkan terus suhu ke dalam aplikasi.