Pengurusan sekolah dan PIBG

Pengunjung terbanyak ke pusat sumber

SHARE
, / 1692

Pelbagai kaedah digunakan bagi menggalakkan pelajar menggunakan pusat sumber sekolah. Antaranya adalah dengan memberikan anugerah kepada pengguna pusat sumber terbanyak.

Bagaimana ia berfungsi

  • Terdapat sekolah yang menggunakan PEPATIH MySekolah yang telah dipasangkan dengan peralatan fingerprint.
  • Guru dan pelajar yang memasuki pusat sumber dikehendaki melakukan fingerprint di device yang terdapat di dalam pusat sumber

Berikut adalah langkah-langkah bagaimana hendak mendapatkan laporan pengunjun terbanyak pusat sumber.

Laporan ini hanya boleh dicapai oleh pengguna yang mempunyai peranan admin dan guru pusat sumber sahaja.

  1. Log masuk ke dalam aplikasi PEPATIH MySekolah chrome. Klik di sini untuk panduan bagaimana hendak log masuk ke dalam aplikasi PEPATIH MySekolah chrome
  2. Klik pada menu ‘Pusat Sumber’. Kemudian klik pada menu ‘Laporan’ 
  3. Pada bahagian utama aplikasi (tengah) akan dipaparkan senarai laporan. Klik laporan ‘Pengunjung’
  4. Boran carian akan dipaparkan di bawah senarai laporan. 
  5. Masukkan jangkamasa laporan. Sebagai contoh jika hendak dapatkan laporan untuk bulan ogos, pilih 1/8/2019 hingga 31/8/2019. Pilih jenis laporan guru atau pelajar dan klik butang ‘Papar Laporan’.
  6. Laporan akan dikeluarkan di bawah borang carian. Skrol ke bawah untuk melihat laporan. 
  7. Laporan memaparkan nama, kelas dan jumlah menggunakan pusat sumber.
  8. Klik butang ‘Cetak’ jika ingin mencetak laporan.