Waktu fleksibel adalah waktu bekerja terbaru yang di guna pakai oleh kakitangan kerajaan. Di sekolah, AKP dan beberapa jenis kakitangan yang lain telah menggunakan kaedah ini untuk kehadiran.
Untuk membuat tetapan ini pengguna mesti mempunyai peranan sebagai ‘Admin’ atau ‘pembantu tadbir’
Jika sekolah menggunakan waktu fleksibel, sila ikuti langkah ini untuk membuat tetapan waktu fleksibel
- Log masuk ke dalam aplikasi PEPATIH MySekolah menggunakan chrome. Klik di sini untuk panduan bagaimana hendak log masuk ke dalam aplikasi PEPATIH MySekolah menggunakan chrome
- Klik pada menu ‘Tetapan‘ dan klik pada submenu ‘Tetapan‘
- Borang tetapan akan dipaparkan di bahagian utama aplikasi
- Skrol ke bahagian ‘Tetapan Guru/Kakitangan’.
- Pada bawah kotak ‘Tetapan Guru/Kakitangan’ terdapat checkbox untuk ‘Waktu Fleksibel’
- Tandakan pada kotak ‘Waktu Fleksibel’ jika sekolah ada menggunakan waktu fleksibel
- Berpandukan gambarajah di atas. Masukkan masa terawal di kira untuk waktu fleksibel. Masukkan waktu lewat. dan masukkan jumlah jam bekerja.
- Tekan butang kemaskini setelah selesai.
Panduan untuk menetapkan kakitangan mana yang menggunakan waktu fleksibel akan dikeluarkan tidak lama lagi