Pengurusan sekolah dan PIBG

Guru yang mengajar matapelajaran pertama atau kedua mengesahkan kehadiran murid?

SHARE
, / 2640

Pada ketika ini, kerja-kerja merekodkan kehadiran murid kelas terletak di bahu guru kelas dan pembantu guru kelas. Ini adalah kebiasaan yang dilakukan dan ianya memang menjadi tanggung jawab guru kelas.

Namun terdapat beberapa kekangan di sekolah sebagai contoh ada ketika guru kelas dan pembantu guru kelas tiada di sekolah mungkin disebabkan cuti atau bertugas di luar.

Ada juga ketika di mana jadual mengajar guru kelas penuh dari masa pertama PDP sehingga beberapa masa selepas itu. Ini menyebabkan kehadiran murid lewat direkodkan.

Ada juga hari-hari di mana guru kelas tidak mengajar kelas sendiri

Atas permintaan sekolah supaya mewujudkan fungsi yang mana guru matapelajaran yang pertama atau kedua akan merekod dan mengesahkan kehadiran murid melalui modul kawalan kelas.

Dengan modul ini guru matapelajaran pertama dapat membantu guru kelas merekodkan atau mengesahkan kehadiran kerana guru tersebut berada di dalam kelas tersebut pada masa pertama.

Modul ini adalah pilihan. Pihak sekolah boleh memilih untuk melaksanakan modul ini atau tidak.

Jika sekolah ingin menggunakan modul ini, Admin sekolah boleh menetapkan sendiri pada bahagian tetapan.

  1. Admin log masuk ke dalam Aplikasi PEPATIH MySekolah dan klik pada menu ‘Tetapan’ dan submenu ‘Tetapan’.
  2. Semua tetapan sekolah akan dipaparkan pada bahagian utama aplikasi. Sila lihat gambarajah di bawah di dalam kotak berwarna kuning. 
  3. Jika sekolah ingin guru matapelajaran pertama merekodkan atau mengesahkan kehadiran murid, sila tandakan pada bahagian ‘Kawalan kelas masa pertama dikira sebagai kehadiran murid’.
  4. Jika sekolah tidak mahu menggunakan modul ini, sila buang tanda pada bahagian tersebut.
  5. Setelah selesai, klik butang ‘Simpan’ untuk simpan tetapan.
  6. Seterusnya, setiap hari, guru matapelajaran pertama perlu membuat ‘Kawalan kelas’ pada masa pertama PDP.
  7. Sila klik di sini untuk panduan bagaimana guru matapelajaran hendak merekodkan kawalan kelas.
  8. Sebaik sahaja guru matapelajaran pertama membuat kawalan kelas bagi masa PDP pertama, kehadiran murid akan direkodkan dan ianya akan di hantar ke eKehadiran KPM

 

PS: Jika pihak sekolah berminat untuk melihat demo aplikasi PEPATIH MySekolah. Sila isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda

Jika anda ingin mendapat respon yang lebih pantas, sila whatsapp atau telegram atau sms ke nombor
016-2660020

Klik di sini untuk hubungi kami menggunakan whatsapp

Kod Sekolah (Diperlukan)

Nama Sekolah (Diperlukan)

Nama Pegawai Untuk Dihubungi - Sila masukkan nama, bukan jawatan(Diperlukan)

No. HP (Diperlukan)

Emel

Soalan