Pengurusan sekolah dan PIBG

Merekodkan kesalahan disiplin murid

SHARE
, / 7094

Pernahkan sekolah anda mempunyai rekod disiplin yang tersusun?

Rekod disiplin yang tersusun memudahkan PK Hem atau guru disiplin membentangkan analisa kesalahan disiplin. Sebagai contoh, setiap hari berapa ramai murid yang ponteng, berapa ramai yang ponteng kelas, berapa ramai yang menghisap rokok dan sebagainya.

Namun, jika pegawai PPD hadir ke sekolah, mereka mahukan tindakan yang telah dibuat oleh sekolah untuk mengatasi masalah tersebut. Dengan ini setiap tindakan akan direkodkan supaya analisa tindakan dapat dipersembahkan kepada pihak tertentu jika diperlukan. Sebagai contoh Berapa bilangan penjaga yang datang berjumpa guru disiplin atau PK Hem bagi masalah ponteng dan sebagainya.

Siapakah yang boleh merekodkan kesalahan disiplin

Semua guru di sekolah boleh merekodkan kesalahan disiplin di sekolah

Sebaik sahaja guru merekodkan kesalahan disiplin murid, notifikasi akan dihantar kepada guru disiplin dan PK Hem. Dengan ini guru disiplin dan PK Hem boleh melakukan tindakan susulan.

Langkah-langkah merekodkan kesalahan disiplin murid

1. Tekan pada butang menu dalam aplikasi PEPATIH MySekolah

2. Tekan pada menu ‘disiplin‘.

3. Aplikasi PEPATIH MySekolah akan memaparkan analisa ringkas kes yang dilaporkan harian dan sepanjang masa.

4. Tekan pada butang ‘Daftar Kes’ untuk merekodkan kes baru.

5. Langkah pertama aplikasi akan mengeluarkan pilihan timgkatan/tahun bagi memudahkan pilihan murid yang melakukan kesalahan.

4. Pilih tingkatan/tahun. Aplikasi akan memaparkan senarai kelas setelah tingkatan/tahun dipilih.

5. Aplikasi akan memaparkan senarai murid setelah kelas dipilih. Pilih murid yang melakukan kesalah disiplin. Aplikasi akan memaparkan maklumat yang lain.
6. Masukkan jenis kesalahan, catatan kesalahan dan tindakan kesalahan. Jika kesalahan yang dibuat selain daripada mengganggu PDP, melawan guru dan ponteng kelas. Pilih lain-lain dan aplikasi akan memaparkan kategori kesalahan dan kesalahan-kesalahan lain mengikut kategori.
7. Setelah selesai tekan butang ‘Kemaskini’.

8. Aplikasi akan menghantar notifikasi kepada PK Hem dan Guru Disiplin sebaik sahaja selesai kemaskini

 

Jika anda ingin mendapat respon yang lebih pantas, sila whatsapp atau telegram atau sms ke nombor
016-2660020

Klik di sini untuk hubungi kami menggunakan whatsapp

Kod Sekolah (Diperlukan)

Nama Sekolah (Diperlukan)

Nama Pegawai Untuk Dihubungi - Sila masukkan nama, bukan jawatan(Diperlukan)

No. HP (Diperlukan)

Emel

Soalan