Pengurusan sekolah dan PIBG

Mencetak laporan kehadiran harian guru bersama suhu

SHARE
, / 2542

Sekolah yang menggunakan kod QR sebagai medium untuk merekodkan kehadiran harian guru menggantikan fingerprint boleh mencetak kehadiran harian guru bersama suhu.

Laporan ini boleh di cetak oleh pengguna yang mempunyai peranan sebagai admin, pembantu tadbir, pengetua/guru besar, penolong kanan 1

  1. Log masuk aplikasi PEPATIH MySekolah chrome
  2. Klik pada menu ‘Kakitangan’ dan klik pada submenu ‘Laporan’

3. Senarai laporan kakitangan akan dikeluarkan pada bahagian utama aplikasi. Klik pada laporan ‘Kehadiran harian’

4. Borang pilihan laporan akan dipaparkan di bahagian bawah selepas senarai laporan.

5. Pilih tarikh laporan dan jenis kakitangan samada semua kakitangan, guru sahaja, pekerja swasta pengawal keselamatan atau pekerja kebersihan. Setelah selesai tekan butang ‘Papar’

6. Laporan kakitangan bersama suhu akan dipaparkan di bawah borang pilihan.

7. Skrol ke bawah sehingga nampak butang ‘Cetak’ dan klik butang ‘Cetak’ untuk mencetak laporan kehadiran kakitangan bersama suhu