*Nota : Modul ini hanya untuk penggunaan ‘Gerobok Rezeki’ yang telah dipasang di sekolah. Hanya pelajar yang didaftarkan sebagai golongan ‘B40’ boleh mengambil barangan keperluan yang diletakkan di dalam ‘Gerobok Rezeki’. Pintu ‘Gerobok Rezeki’ tidak akan dibuka jika QR pelajar bukan dikategorikan dalam golongan ini.
Antara ciri-ciri ‘Gerobok Rezeki’ ini adalah
- Hanya pelajar yang layak boleh membuka pintu untuk mengambil barangan keperluan
- Penjaga yang install aplikasi PEPATIH MySekolah, boleh melihat barangan keperluan apa yang ada dalam ‘Gerobok Rezeki’ tanpa berada di sekolah
- Pintu akan dibuka hanya bagi barangan yang perlu di ambil sahaja, contoh pelajar perlukan beras, hanya pintu yang mengandungi beras sahaja akan dibuka
- Setiap pengambilan barangan keperluan akan direkodkan bagi menggantikan kaedah menulis dalam buku yang digunapakai sekarang ini
Bagaimana pelajar hendak mengambil barangan keperluan dalam ‘Gerobok Rezeki’
- Bawa kod QR kehadiran yang digunakan untuk kehadiran dan suhu pelajar ke sekolah
- Imbas kod QR pada pengimbas kod
- Apabila sistem kenalpasti pelajar adalah ‘B40’, paparan akan dipaparkan pada skrin untuk senarai barangan yang diperlukan
- Sila ikuti arahan di skrin
- Pintu akan dibuka mengikut barangan yang dipilih di skrin
- Tutup semula pintu
Bagaimana hendak menetapkan pelajar yang boleh mengambil barangan keperluan di dalam ‘Gerobok Rezeki’ atau golongan B40
- Admin log masuk ke dalam aplikasi PEPATIH MySekolah versi chrome
- Klik pada menu ‘Gerobok’ dan klik pada submenu ‘B40’
3. Sistem akan keluarkan senarai pelajar yang telah ditetapkan sebagai golongan B40
4. Klik pada butang ‘Daftar B40’ untuk mendaftar pelajar B40 yang baru
5. Pilih nama kelas dan klik butang papar. Senarai pelajar dalam kelas akan dipaparkan
6. Tandakan pada pelajar B40. Data akan auto simpan setelah tandakan pada ‘checkbox’