Pengurusan sekolah dan PIBG

Bagaimana membuat pembetulan guru/kakitangan lupa fingerprint masuk atau balik

SHARE
, / 79

Pembetulan kepada guru yang lupa fingerprint boleh dibuat oleh pengguna yang mempunyai peranan sebagai ‘Pembantu Tadbir’ sahaja. Pembetulan juga boleh dilakukan untuk hari yang lepas.

  1. Log masuk ke dalam aplikasi PEPATIH MySekolah chrome
Klik pada menu ‘Kakitangan’ dan klik pada submenu ‘Kedatangan Harian’
3. Pilih tarikh dan jenis kakitangan dan klik butang ‘Papar’. Perlu diingatkan, perubahan hanya boleh dibuat bagi tarikh yang lepas sahaja
4. Apabila sistem mendapati terdapat hanya satu rekod samada masuk atau keluar, sistem akan keluarkan kotak pilihan pada bahagian sebab. Pilih sebab ‘Gagal fingerprint keluar/masuk’
5. Setelah pilihan ‘Gagal fingerprint keluar/masuk’ dipilih, kotak pilihan masa akan dipaparkan pada bahagian keluar. Masukkan masa guru masuk atau keluar