Pengurusan sekolah dan PIBG

Proses dan cetak surat amaran lewat murid

SHARE
, / 3543

Untuk mencetak surat amaran lewat pelajar, pengguna mestilah mempunyai peranan sebagai pengguna Guru disiplin atau Penolong Kanan HEM

  1. Buka aplikasi PEPATIH MySekolah versi chrome
  2. Klik pada menu ‘Kehadiran Murid‘ dan klik pada submenu ‘Laporan
  • Senarai laporan akan dipaparkan di bahagian utama aplikasi. Pilih laporan ‘Lewat

4. Borang carian laporan lewat akan dipaparkan di bawah senarai laporan. Masukkan carian jumlah lewat, tarikh mula dan tarikh hingga dan klik butang ‘papar laporan’.

5. Aplikasi akan keluarkan senarai pelajar lewat mengikut kriteria yang dimasukkan. Laporan akan keluarkan nama pelajar, kelas dan jumlah lewat

6. Klik pada butang ‘i’ untuk melihat maklumat lengkap lewat pelajar dan juga untuk proses surat amaran lewat. Aplikasi akan mengeluarkan senarai tarikh pelajar lewat dan masa.

7. Skrol ke bawah untuk melihat senarai surat amaran. Jika surat amaran belum di proses, butang ‘Proses surat amaran 1’ dipaparkan, butang surat amaran 2 dan surat amaran 3 tidak dipaparkan selagi surat amaran 1 tidak diproses. Klik pada butang ‘Proses surat amaran 1’.

8. Masukkan nombor rujukanm tarikh surat amara dikeluarkan dan tandakan tarikh pelajar lewat bagi surat ini. Sistem memaparkan semua tarikh lewat, tetapi guru disiplin boleh memilih tarikh mana bagi surat amaran ini

9. Setelah proses surat amaran 1, pada maklumat lewat pelajar akan dipaparkan surat amaran telah dikeluarkan dengan nombor rujukan dan tarikh.

10. Klik pada butang ‘Cetak surat amaran 1’ bagi mencetak surat amaran