Pengurusan sekolah dan PIBG

Laporan Pergerakan Guru/Kakitangan Individu

SHARE
, / 413

Laporan terbaru yang diminta oleh pengetua adalah laporan pergerakan guru/kakitangan individu. Laporan ini menunjukkan semua pergerakan guru atau kakitangan mengikut jangkamasa yang dipilih.

Aplikasi PEPATIH MySekolah membolehkan setiap guru/kakitangan merekodkan pergerakan masing-masing menggunakan aplikasi telefon pintar dengan mudah.

Klik di sini untuk melihat bagaimana guru/kakitangan merekodkan pergerakan menggunakan aplikasi telefon pintar.

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuka laporan ini.

  1. Buka aplikasi PEPATIH MySekolah Chrome. Klik di sini untuk panduan bagaimana hendak membuka PEPATIH MySekolah menggunakan chrome.
  2. Buka menu ‘Kakitangan‘ dan klik submenu ‘Laporan‘.
  3. Senarai Laporan akan dikeluarkan di bahagian utama aplikasi (tengah). 
  4. Borang pilihan laporan akan dikeluarkan di bawah senarai laporan. Skrol ke bawah untuk melihat borang seperti di bawah. 
  5. Pilih tarik mula dan tarikh akhir jangkamasa laporan. Jika ingin mencari laporan guru yang telah berhenti, pilih ‘status guru’ telah berhenti dan pilihan guru yang telah berhenti akan dipaparkan.
  6. Pilih nama guru untuk keluarkan laporan pergerakan dan tekan butang ‘Papar Laporan’
  7. Laporan akan dikeluarkan di bawah borang pilihan tersebut. Skrol ke bawah untuk melihat laporan.
  8. Jika ingin mencetak laporan ini. Tekan butang cetak