Pengurusan sekolah dan PIBG

Bagaimana guru mendaftar kelas tambahan

SHARE
, / 1505

Setiap guru yang mempunyai peranan sebagai guru matapelajaran boleh mendaftar kelas tambahan yang hendak dibuat

Kelas tambahan mesti di daftar paling lewat 30 minit sebelum kelas tambahan bermula. Tetapi sebaik-baiknya lebih awal supaya penjaga dapat melihat jadual kelas tambahan anak mereka

Langkah-langkah mendaftar kelas tambahan

1. Buka aplikasi PEPATIH MySekolah dalam telefon pintar

2. Tekan pada tanda baris tiga yang terletak di bahagian atas kiri aplikasi untuk keluarkan menu seperti dalam gambarajah di bawah

3. Tekan pada menu “kelas tambahan”

4. Aplikasi akan memaparkan senarai kelas tambahan yang telah didaftarkan seperti dalam gambarajah di bawah dalam bulatan kuning

5. Tekan pada butang ‘daftar’ seperti dalam bulatan merah dalam gambarajah di atas

6. Masukkan tarikh kelas tambahan akan dibuat.

7. Pilih tingkatan bagi kelas yang akan dibuat kelas tambahan. Setelah tingkatan di pilih, pilihan kelas bagi tingkatan yang dipilih akan dikeluarkan. Pilih kelas untuk kelas tambahan.

8. Setelah kelas dipilih, sistem akan meminta untuk masukkan perkara-perkara lain.

9. Masukkan matapelajaran kelas tambahan, masa kelas tambahan dibuat dan catatan. Catatan adalah serba sedikit maklumat lanjut mengenai kelas tambahan tersebut

10. Setelah selesai isi semua medan tekan butang kemaskini untuk daftar