Pengurusan sekolah dan PIBG

Bagaimana guru imbas kod QR Kehadiran dan merekodkan suhu

SHARE
, / 3720

Guru boleh merekodkan kehadiran terus dengan mengimbas kod QR kehadiran dan suhu boleh direkodkan untuk laporan. Kehadiran dan masa kehadiran akan terus disimpan untuk rekod. Jika sekolah menggunakan kaedah ini, guru tidak perlu mengimbas cap jari untuk kehadiran

  1. Buka aplikasi PEPATIH MySekolah android atau IOS
  1. Tekan pada butang garis tiga untuk paparkan menu

Jika tiada menu ‘Kehadiran QR’ dalam aplikasi anda, Sila hubungi admin untuk menetapkan anda sebagai ‘Guru matapelajaran’

3. Tekan pada menu ‘Kehadiran QR’ dan paparan seperti di bawah akan dikeluarkan.

4. Tekan pada kotak tersebut dan imbas kod QR. Apabila ia berjaya , aplikasi akan memaparkan nama anda bersama borang seperti di bawah

5. Masukkan suhu atau tekan pada butang berwarna hijau mengikut suhu anda bagi memudahkan proses tanpa menaip suhu. Setelah selesai tekan butang ‘Simpan’

6. Apabila berjaya aplikasi akan mengeluarkan popup ‘Suhu telah berjaya disimpan’. Masa dan suhu akan dipaparkan di bawah kotak imbas QR.