Sebaik sahaja peranan anda diletakkan sebagai warden, anda akan dapat melihat menu ‘Asrama’ di dalam aplikasi PEPATIH MySekolah
Berikut adalah langkah-langkah bagaimana mendaftar murid asrama.
- Log masuk ke dalam aplikasi PEPATIH MySekolah.
- Buka menu ‘Asrama’. Buka submenu ‘Murid & Asrama’.
- Pilihan asrama akan dipaparkan di bahagian utama aplikasi.
- Pilih asrama untuk paparkan senarai penghuni atau asrama yang penghuninya ingin didaftarkan dan klik butang ‘Papar’
- Senarai penghuni asrama akan dipaparkan di bawah bahagian pilihan asrama.
- Klik pada butang ‘Daftar Penghuni Baru’ seperti dalam bulatan kuning dalam gambarajah di atas
- Bagi memudahkan proses mendaftar, aplikasi akan memaparkan pilihan kelas. Pilih kelas dan klik butang ‘Papar’
- Setelah senarai murid dalam kelas tersebut dipaparkan, tandakan sahaja mana-mana murid yang menjadi penghuni asrama tersebut.
- Penghuni baru asrama telah didaftarkan. Untuk melihat semula senarai penghuni asrama, sila ikut langkah 1.
PS: Jika pihak sekolah berminat untuk melihat demo aplikasi mysekolah. Sila isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda