Modul kawalan kelas adalah menggantikan buku kawalan kelas yang selalu digunakan di sekolah. Semua guru boleh menggunakan modul kawalan kelas di telefon pintar masing-masing
Apabila sistem mengenalpasti pengguna adalah guru, sistem akan mengeluarkan paparan kawalan kelas dalam telefon pintar guru/pengguna.
Setiap kali masuk kelas, guru matapelajaran boleh merekodkan kawalan kelas dengan menekan butang ‘Daftar Kawalan Kelas’
Setelah menekan butang kawalan kelas, sistem akan meminta guru memasukkan kelas yang diajar dan masa yang diajar
Pilih kelas dan masa yang diajar dan tekan butang ‘Teruskan’
Penambahbaikan selepas mendapat feedback dari guru, guru perlu memilih jumlah masa mengajar
Senarai murid kelas yang dipilih akan dipaparkan, kehadiran yang dipaparkan adalah kehadiran kelas sebelumnya, sebagai contoh jika guru mengajar masa ke 4, sistem akan memaparkan kehadiran murid dalam kelas bagi masa ke 3. Jika didapati murid ada atau tiada, guru boleh tekan butang, butang tersebut akan bertukar dari hadir kepada tidak hadir dan sebaliknya
Setelah selesai Tekan butang ‘Sah’.
Pada dashboard akan dipaparkan maklumat kelas kawalan yang dimasukkan
[…] Jika guru/pensyarah masih belum mengetahui bagaimana hendak merekodkan kawalan kelas. Klik Di sini untuk panduan merekodkan kawalan kelas […]
[…] Sila klik di sini untuk panduan bagaimana guru matapelajaran hendak merekodkan kawalan kelas. […]