PIBG dan sekolah boleh memberi galakkan kepada murid supaya hadir ke sekolah dan datang awal dengan memberi hadiah kepada murid-muridyang mempunyai kehadiran terbaik setiap bulan.
Ini adalah permintaan dan inovasi dari guru SMK Batu Muda yang ingin menggalakkan murid hadir ke sekolah dan datang awal ke sekolah. Laporan ini boleh digunakan oleh sekolah-sekolah lain yang menggunakan aplikasi mySekolah.
Atas permintaan guru SMK Batu Muda, kami menyediakan laporan murid yang mempunyai kehadiran terbaik bulanan. Kriteria pemilihan adalah murid tidak pernah tidak hadir pada bulan tersebut dan tidak pernah lewat. Kemudian purata masa kehadiran dikira,dan 10 murid yang mempunyai purata masa hadir terbaik dan memenuhi kriteria-kriteria akan disenaraikan.
Dengan laporan ini PIBG atau pihak sekolah atau kedua-dunya boleh memberikan sedikit hadiah.
Untuk melihat laporan murid yang mempunyai kehadiran terbaik.
- Log masuk sebagai Admin atau PK Hem
- Klik menu ‘Kehadiran Murid’ dan klik menu laporan
3. Senarai laporan dikeluarkan.Dan pilih ‘Kehadiran murid terbaik bulanan’
4. Pilih bulan dan sesi dan tekan butang ‘Papar Laporan’
5. Laporan kehadiran murid terbaik dipaparkan bersama dengan purata masa hadir. 10 murid akan disenaraikan jika ada
Dengan adanya laporan ini, PIBG atau pihak sekolah atau kedua-dua boleh memberikan hadiah kepada murid tersebut. Ini serba sedikit dapat menyuntik semangat murid supaya hadir setiap hari dan hadir awal ke sekolah
PS: Jika pihak sekolah atau PIBG berminat untuk melihat demo aplikasi mysekolah. Sila isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda