Pengurusan sekolah dan PIBG

Status kemaskini eKehadiran

SHARE
, / 933

Kepada pengguna aplikasi MySekolah, terdapat utiliti untuk kemaskini eKehadiran di Kementerian, ianya akan dilakukan oleh ‘robot crawler’ aplikasi kami. Ianya berfungsi sama seperti guru atau pembantu tadbir kemaskini eKehadiran Tersebut.

Sistem ini tiada link dengan sistem Kementerian Pelajaran, tetapi jika admin menandakan fungsi auto update eKehadiran, ‘Robot crawler’ ini akan menggantikan tugas guru atau PT untuk mengemaskini eKehadiran.

Teknologi ‘Robot crawler’ ini sama seperti ‘web crawler’ yang digunakan oleh kebanyak enjin carian seperti google, yahoo, bing. Kami menggunakan teknologi ini untuk aplikasi ini.

‘Robot crawler’ kami akan kemaskini eKehadiran pada jam 8.30 pagi untuk sesi pagi dan jam 2.30 petang untuk sesi petang bergantung kepada konfigurasi pihak sekolah. Status kemaskini akan dipaparkan pada dashboard admin sekolah. Melainkan terdapat masalah-masalah yang biasa dihadapi oleh guru seperti eKehadiran perlahan, tidak boleh log masuk dan sebagainya.

Log masuk ke dalam aplikasi MySekolah chrome. Klik di sini untuk panduan install MySekolah jika masih belum install MySekolah pada chrome anda.

kemaskini apdm

Seperti gambarajah di atas, Pada dashboard ada indikator ‘Status kemaskini eKehadiran’. Ia memaparkan jumlah kelas yang sudah dikemaskini / Jumlah kelas keseluruhan

Dengan ini kerja-kerja guru dikurangkan sedikit dan ini dapat membantu guru-guru memberi fokus pada pendidikan murid-murid