Pengurusan sekolah dan PIBG

Demo di mesyuarat agong PIBG SMK Selandar Melaka

SHARE
, / 2328

Pada 31/03/2016, Kami telah mengadakan demo di mesyuarat Agong PIBG SMK Selandar Melaka.

IMG-20160331-WA0001

Antara persoalan yang diajukan oleh Ibu Bapa dan Penjaga Adalah:

  1. Adakah Ibu bapa dan penjaga yang tidak mempunyai telefon pintar dapat notifikasi kehadiran anak?Kami boleh menghantar notifikasi melalui khidmat pesanan ringkas SMS kerana cloud kami juga dilengkapi dengan Server SMS. Tetapi memandangkan perkhidmatan SMS memerlukan kos tambahan, kami terpaksa hadkan notifikasi kepada yang tidak hadir sahaja dan hanya 50 sms sahaja bagi setiap sekolah.
  2. Di mana lokasi ‘fingerprint device’ akan dipasang? Adakah ia akan di pasang di pondok pengawal keselamatan?

    ‘Fingerprint Device’ tidak akan di pasang di pondok pengawal keselamatan. Ini adalah kerana mengelakkan daripada murid datang untuk fingerprint dan terus keluar dari kawasan sekolah. Lokasi yang paling sesuai adalah di kaki lima yang mana murid selalu lalu apabila hadir kesekolah. Dan ianya tidak kena hujan

    20160324_171013

    Gambarajah di atas adalah contoh lokasi pemasangan

  3. Mesej yang diterima sehala atau 2 hala

    Jika menggunakan SMS, notifikasi yang diterima adalah sehala. Ini bermaksud sms yang dihantar jika anak anda tidak hadir tidak boleh dibalas. Tetapi jika menggunakan aplikasi telefon pintar. Penjaga boleh menyatakan sebab anak tidak hadir dan juga boleh beritahu sekolah terlebih awal jika anak tidak dapat hadir disebabkan oleh sakit, demam atau sebagainya. Antara modul yang sedang dibangunkan adalah, ibu bapa atau penjaga boleh mengambil gambar surat MC untuk dihantar kepada pihak sekolah

  4. Kos Pemasangan ‘Device Fingerprint’

    Kos pemasangan ‘device fingerprint’ adalah percuma bagi bilangan ‘device fingerprint’ yang diberikan percuma. Seperti yang dinyatakan dalam bahagian kad pelajar. Berikut adalah jadual ‘device fingerprint’ yang diberikan secara percuma.

    2001 ke atas – 7 unit ‘device fingerprint’ percuma
    1401 hingga 2000 – 6 unit ‘device fingerprint’ percuma
    1001 hingga 1400 – 5 unit ‘device fingerprint’ percuma
    700 hingga 1000 – 4 unit ‘device fingerprint’ percuma

    ‘Device fingerprint’ yang diberikan percuma adalah termasuk pemasangan

    Jumlah ‘Device fingerprint’ yang diberikan percuma adalah jumlah yang cukup mengikut bilangan murid setelah kajian dibuat di antara bilangan murid dan jumlah ‘device’ yang diperlukan. Murid-murid tidak akan beratur panjang untuk melakukan proses cap jari setiap hari. Namun jika pihak PIBG ingin menambah jumlah ‘device’ di sekolah masing-masing, ianya boleh dilakukan dengan kos yang munasabah

  5. Adakah penjaga yang mempunyai lebih daripada seorang anak di sekolah tersebut perlu membayar mengikut bilangan anak di sekolah tersebut?

    Tidak. Penjaga hanya perlu membayar untuk seorang sahaja jika mereka mempunyai anak lebih daripada sekorang anak di sekolah tersebut