Pengurusan sekolah dan PIBG

Laporan kehadiran guru mengikut masa

SHARE
, / 3010

Buat pertama kali PEPATIH MySekolah menerima permintaan untuk dapatkan kehadiran guru terawal. Sekolah tersebut hendak memberikan anugerah kepada guru yang hadir awal ke sekolah

Laporan ini boleh dibuka oleh Admin, pembantu tadbir, Pengetua, PK1 atau TPS

  1. Buka aplikasi PEPATIH MySekolah versi desktop menggunakan chrome extension
  2. Buka menu ‘Kakitanagan’ dan sub menu ‘Laporan’. 
  3. Senarai Laporan akan dipaparkan di bahagian utama aplikasi. Klik pada ‘Kehadiran Mengikut Masa‘. 
  4. Borang laporan kehadiran mengikut masa akan dipaparkan di bawah senarai laporan. 
  5. Merujuk kepada gambarajah di atas. Masukkan masa mula murid hadir dan masa hingga. Jika ingin dapatkan guru yang hadir awal, sila masukkan masa dijangka paling awal guru hadir dan masa akhir. Sebagai contoh jika ingin mendapatkan guru yang hadir sebelum 6:30 pagi, masukkan masa mula 5:00 am dan masa hingga 6:30.
  6. Pilih julat masa. Jika ingin dapatkan laporan pada hari semasa, pilih tarikh mula dan tarikh akhir yang sama. Sebagai contoh ingin dapatkan murid yang datang awal pada 12 Februari 2018, Pilih 12/02/2018 sebagai tarikh mula dan pilih juga 12/2/2018 sebagai tarikh akhir
  7. Pilih sesi jika sekolah mempunyai 2 sesi.
  8. Tekan butang ‘Papar Laporan’
  9. Laporan akan dipaparkan di bawah borang tersebut. Sila skrol ke bawah untuk lihat. 
  10. Laporan akan memaparkan senarai guru yang mengikuti kriteria carian. Jumlah yang dipaparkan adalah jumlah hari guru mengikut kriteria carian. Untuk melihat tarikh dan masa guru hadir mengikut kriteria carian, tekan butang info ‘i’ dan senarai hari dan masa bagi individu akan dipaparkan. 

 

Jika anda ingin mendapat respon yang lebih pantas, sila whatsapp atau telegram atau sms ke nombor
016-2660020

Klik di sini untuk hubungi kami menggunakan whatsapp

Kod Sekolah (Diperlukan)

Nama Sekolah (Diperlukan)

Nama Pegawai Untuk Dihubungi - Sila masukkan nama, bukan jawatan(Diperlukan)

No. HP (Diperlukan)

Emel

Soalan