Pengurusan sekolah dan PIBG

Sebab guru lewat yang diterima

SHARE
, / 2110

Suatu ketika dahulu semasa penggunaan ‘punch card’, Apabila guru lewat, guru akan berjumpa dengan Pengetua atau Pengarah. Guru akan menceritakan sebab-sebab kelewatan. Jika sebab diterima oleh Pengetua atau Pengarah, Pengetua atau Pengarah akan tandatangan di bahagian tertentu di atas ‘Punch Card’.

Bagaimana ini boleh dilakukan dalam aplikasi PEPATIH MySekolah?

Setiap hari Pengetua atau Pengarah boleh melihat guru yang lewat di dalam aplikasi telefon pintar. Sebaik sahaja Pengetua atau Pengarah membuka aplikasi, Pengetua atau Pengarah akan dapat ringkasan keberadaan guru seperti di bawah

Bahagian yang di bulat dengan warna kuning adalah jumlah guru yang lewat. Tekan pada butang tersebut akan mengeluarkan senarai guru yang lewat pada tarikh yang dipilih.

Jika guru telah berjumpa pengetua atau pengarah menyatakan sebab, untuk merekodkan samada sebab diterima atau tidak, tekan pada butang nombor seperti dalam bulatan yang berwarna kuning.

Aplikasi akan mengeluarkan ‘popup’. Jika guru telah memasukkan sebab, Sebab akan keluar di bahagian ‘Alasan’. Jika masih belum, Pengetua atau Pengarah boleh memasukkan sebab di bahagian ‘Alasan’ seperti gambarajah di atas.

Tekan pada ‘radio button’ Terima jika sebab yang dinyatakan oleh guru diterima, dan tekan pada ‘Tidak’ jika sebab tidak diterima.

Setelah selesai, tekan butang simpan.

Jika Pengetua atau Pengarah telah melakukan proses ini pada guru yang lewat, Pada senarai guru lewat akan dipaparkan sebab dan tanda ‘X’ akan diletakkan jika sebab tidak diterima. Jika Diterima tanda rait akan diletakkan seperti dalam gambarajah di bawah

 

Analisa guru lewat yang diterima dan tidak akan dikeluarkan setiap bulan. Ini akan memudahkan proses pentadbiran

 

 

 

Jika anda ingin mendapat respon yang lebih pantas, sila whatsapp atau telegram atau sms ke nombor
016-2660020

Klik di sini untuk hubungi kami menggunakan whatsapp

Kod Sekolah (Diperlukan)

Nama Sekolah (Diperlukan)

Nama Pegawai Untuk Dihubungi - Sila masukkan nama, bukan jawatan(Diperlukan)

No. HP (Diperlukan)

Emel

Soalan