Pengurusan sekolah dan PIBG

Aplikasi PEPATIH MySekolah Guru

SHARE
, / 17334

 

Guru akan menggunakan aplikasi PEPATIH MySekolah telefon pintar yang sama dengan ibu bapa dan penjaga. Tetapi peranan guru akan dikenalpasti apabila guru memasukkan no kp. Jika No. KP guru sama dengan nama guru di mana-mana sekolah, sistem akan keluarkan fungsi guru.

Klik pada pautan di bawah ini untuk melihat bagaimana hendak pasang aplikasi di telefon pintar

Bagaimana hendak pasang dan guna aplikasi android

 

Log masuk ke dalam aplikasi telefon pintar. Jika aplikasi mengenalpasti no. kad pengenalan yang dimasukkan adalah nombor kad pengenalan guru, aplikasi akan mengeluarkan kotak nombor pin seperti dalam gambarajah di bawah

  • Nombor pin ini boleh didapati dari admin sekolah atau pembantu tadbir
  • Nombor pin ini adalah langkah keselamatan supaya pengguna lain yang mengetahui nombor kad pengenalan guru tidak boleh menggunakan modul seperti mengubah kehadiran murid dan lain-lain.
  • Nombor pin ini hanya perlu dimasukkan sekali sahaja.
  • Setelah kemasukan nombor pin berjaya, dashboard akan memaparkan paparan mengikut peranan yang ditetapkan oleh admin. Peranan Guru kelas akan nampak ringkasan kehadiran kelas masing-masing.Peranan guru kokurikulum akan nampak ringkasan kokurikulum, Peranan guru disiplin akan dapat melihat kehadiran keseluruhan sekolah dan sebagainya

 

* Jika guru log masuk tetapi kotak meminta nombor pin tidak keluar, ini bermakna no. kad pengenalan yang dimasukkan tidak padan dengan nombor kad pengenalan dalam sistem. Ini disebabkan oleh 3 kemungkinan

  1. Nombor kad pengenalan yang dimasukkan semasa mendaftar pengguna tidak betul atau tersalah taip. Log keluar dan daftar semula.
  2. Jika nombor kad pengenalan yang guru daftar dan log masuk betul, kemungkinan anda masih belum didaftarkan dalam sistem sebagai guru atau kakitangan. Minta admin daftar dalam sistem sebagai guru atau kakitangan
  3. Jika nama ada dalam senarai kakitangan, berkemungkinan nombor kad pengenalan yang didaftarkan oleh admin tersalah taip. Semak nombor kad pengenalan dalam senarai kakitangan.

 

Jika anda ingin mendapat respon yang lebih pantas, sila whatsapp atau telegram atau sms ke nombor
016-2660020

Klik di sini untuk hubungi kami menggunakan whatsapp

Kod Sekolah (Diperlukan)

Nama Sekolah (Diperlukan)

Nama Pegawai Untuk Dihubungi - Sila masukkan nama, bukan jawatan(Diperlukan)

No. HP (Diperlukan)

Emel

Soalan