Bagi mendapatkan notifikasi kehadiran anak anda ke sekolah, Terdapat 2 perkara yang perlu dipastikan.
- Sekolah anak anda menggunakan aplikasi PEPATIH MySekolah
- Anda telah install aplikasi PEPATIH MySekolah. Jika anda masih belum install, Klik disini untuk cara-cara install aplikasi
Setelah aplikasi MySekolah dipasang. Paparan dashboard adalah seperti gambarajah di bawah
Untuk memohon notifikasi kehadiran anak, tekan pada kotak biru di atas atau tekan menu. Kemudian tekan penjaga apabila menu telah keluar. Dan akhir sekali tekan Menu ‘Kehadiran Anak’. Seperti gambarajah di bawah
Paparan permohonan kehadiran anak akan di paparkan seperti gambarajah di bawah
Tekan butang + dalam bulatan seperti gambarajah di atas. Aplikasi akan paparkan borang untuk langkah pertama. Pilih negeri sekolah anak dan jenis sekolah seperti gambarajah di bawah. Setelah pilih negeri dan jenis sekolah, tekan butang seterusnya
Langkah kedua akan memaparkan borang untuk memilih sekolah dan tingkatan/tahun anak. Setelah pilih sekolah anak dan tingkatan tahun, tekan butang seterusnya.
Langkah ketiga akan memaparkan senarai kelas bagi tingkatan/tahun yang dipilih. Pilih kelas anak anda, masukkan no. kad penganalan, nama anak dan hubungan anda dengan pelajar. Setelah selesai tekan butang ‘Hantar Permohonan’
Jika anda mempunyai masalah untuk memasukkan nama dan no. kp anak, ini adalah disebabkan masalah terpencil bagi telefon pintar tertentu. Tekan disini untuk panduan apa yang perlu dilakukan jika anda mempunyai masalah ini
Permohonan mendapatkan notifikasi kehadiran anak sudah selesai yang mana paparan seterusnya akan memaparkan nama anak dan status ‘Menunggu Pengesahan’
Status ini akan berubah setelah pihak sekolah mengesahkan permohonan.
Jika anda mempunyai anak yang lain, ulangi langkah-langkah dengan menekan butang ‘+’
Apabila sudah diluluskan anda akan dapat notifikasi kehadiran anak. Klik di sini untuk melihat panduan menerima notifikasi
Jika anda adalah penjaga dan berminat supaya aplikasi ini di pasang di sekolah anak anda, Sila isi borang di bawah dan kami akan menghubungi YDP atau AJK PIBG untuk tindakan selanjutnya