Walaupun kakitangan atau guru telah berhenti lama, laporan kehadiran individu masih boleh dikeluarkan dan dicetak. Ini adalah kerana, ada ketikanya guru atau kakitangan ingin mendapatkan semula rekod kehadiran atas tujuan tertentu.
Sila ikuti langkah-langkah di bawah
- Log masuk ke dalam aplikasi PEPATIH MySekolah chrome. Klik di sini untuk mengetahui bagaimana hendak log masuk menggunakan google chrome
- Klik menu ‘Kakitangan‘ dan klik submenu ‘Laporan‘.
- Senarai laporan akan dipaparkan di bahagian utama/tengah aplikasi. Pilih ‘Kehadiran Individu’.
- Borang kriteria carian akan di paparkan di bawah senarai laporan.
- Rujuk gambarajah di atas. Pilih bulan dan tahun laporan, Pada bahagian Status guru pilih ‘telah berhenti‘. Pilihan guru yang telah berhenti akan di keluarkan di bahagian kakitangan. Pilih nama guru yang mana laporannya dikehendaki dan tekan butang ‘Papar Laporan‘.
- Laporan kehadiran akan di paparkan di bawah borang tersebut.
- Skrol kebawah dan tekan butang ‘Cetak‘ untuk mencetak laporan tersebut.