Pengurusan sekolah dan PIBG

Rekod pengawas pusat sumber

SHARE
, / 3899

Pengawas pusat sumber membantu guru pusat sumber dalam pengurusan pusat sumber. Pengawas pusat sumber juga mempunyai markah tersendiri dalam rekod kokurikulum murid yang mana ia akan dimasukkan dalam bahagian ‘Bonus;. Maklumat ini juga dipaparkan dalam sijil murid. PEPATIH MySekolah adalah sistem pengurusan sekolah bermula dari murid masuk sehingga murid keluar sekolah. Rekod ini akan secara auto dicetak dalam sijil murid.

Bagaimana guru pusat sumber merekodkan pengawas pusat sumber

  1. Klik pada menu pusat sumber dan klik pada submenu pengawas

screen-shot-2016-09-26-at-1-38-50-am

2. Senarai pengawas pusat sumber akan dipaparkan dan jika ingin mendaftar pengawas pusat sumber yang baru, klik pada butang ‘Daftar pengawas pusat sumber’

screen-shot-2016-09-26-at-1-39-02-am

3. Paparan kelas akan dikeluarkan, pilih kelas dimana pengawas pusat sumber berada, dan klik butang ‘papar’

screen-shot-2016-09-26-at-1-39-10-am

4. Senarai murid kelas yang dipilih akan dipaparkan.

screen-shot-2016-09-26-at-1-39-25-am

5. Tandakan kotak baris murid yang menjadi pengawas pusat sumber, dan buang tanda di dalam kotak jika sebaliknya. Tiada butang simpan kerana tidak perlu klik butang simpan. Sistem akan menyimpan sebaik sahaja kotak ditandakan atau dibuang tanda. Senarai ini akan dipaparkan di dalam senarai pengawas pusat sumber.