Baru-baru ini kolej vokasional menggunakan waktu anjal untuk semua pensyarah. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menetapkan waktu anjal setiap kakitangan atau guru.
Perubahan ini hanya boleh dibuat oleh pengguna yang mempunyai peranan Admin dan Pembantu Tadbir
- Log masuk ke dalam aplikasi PEPATIH MySekolah chrome. Klik di sini untuk panduan bagaimana hendak log masuk ke dalam sistem PEPATIH MySekolah menggunakan chrome
- Klik pada menu tetapan dan klik pada submenu tetapan seperti dalam gambarajah di bawah.
- Setelah klik pada menu tersebut, pada bahagian utama aplikasi (tengah) akan keluar tetapan. Skrol ke bahagian ‘Tetapan Guru/Kakitangan‘.
- Klik pada butang ‘Daftar Tetapan Baru’ seperti dalam bulatan gambarajah di atas.
- Masukkan tajuk yang mudah diingati seperti ‘Waktu anjal 8 hingga 3‘ dan masukkan masa masuk dan masa keluar. Perlu diingatkan masa adalah dalam format 24 jam.
- Setelah selesai tekan butang kemaskini untuk simpan.
- Daftar semula mengikut langkah 3 hingga 5 untuk waktu anjal yang lain sebagai contoh ‘Waktu anjal 10 hingga 5′.
- Klik pada menu ‘Kakitangan’ dan klik pada submenu ‘Kakitangan dan Masa’.
- Setelah klik pada menu ‘Kakitangan & Masa’. Pada bahagian utama (tengah) aplikasi akan keluar senarai nama guru bersama masa yang digunakan dari isnin sehingga jumaat.
- Untuk memudah kan paparan, pilih kategori kakitangan dan klik butang ‘Papar’.
- Tekan pada butang kemaskini (butang gambar pensil) pada baris kakitangan yang hendak di ubah.
- Popup maklumat tetapan kehadiran kakitangan akan dikeluarkan.
- Pilih waktu anjal pensyarah/guru/kakitangan mengikut hari dan tekan butang ‘Kemaskini’
Nota
- Sistem PEPATIH MySekolah akan memproses waktu pada jam 12 malam setiap hari. Sebagai contoh sistem akan proses waktu untuk tarikh 27/6/2019 pada 27/6/2019 jam 12 malam. Jika terdapat perubahan, perubahan perlu dibuat sebelum 12 malam tarikh tersebut. Sebagai contoh jika terdapat perubahan untuk tarikh 27/6/2019, perubahan perlu dibuat pada atau sebelum 26/6/2019 11:59 malam
- Segala perubahan tidak akan mengubah masa lewat untuk tarikh yang sebelum atau telah diproses. Sebagai contoh perubahan yang dibuat pada 27/6/2019 tidak akan mengubah waktu lewat tarikh 26/6/2019 dan sebelumnya
- Terdapat kolej vokasional yang menetapkan waktu anjal mengikut kumpulan pensyarah. Kami sedang membangunkan pembahagian pensyarah mengikut kumpulan supaya memudahkan proses perubahan waktu anjal. Apabila telah siap kami akan maklumkan.
- Kami sedang membangunkan supaya pensyarah dapat melihat waktu anjal dalam kalendar kehadiran masing-masing dalam aplikasi PEPATIH MySekolah versi android dan iphone bagi memudahkan pensyarah memantau sendiri memantau masa masuk dan keluar masing-masing untuk tarikh yang akan datang